Definisi Bai’ al-‘Iinah:
Yang
dikatakan Bai’ul ‘Iinah ialah: bahawa seorang lelaki menjual barang
dagangannya kepada orang lain dengan harga yang diketahui dan
bayarannya diserahkan kepada penjual setelah tempoh enam bulan, baik
dengan pembayaran sekaligus, atau bayaran ansuran yang ditentukan;
kemudian si-penjual(asal) membeli barangan tersebut kembali dengan
membayar sejumlah wang yang nilainya lebih rendah dari harga jualan
asal—sebelum sempurna pembayaran tadi.
Dan
tidak dikatakan ‘Iinah jika penjual asal membeli barangan tadi dari
pembeli dengan harga jualan pertama yang ditetapkan oleh penjual tadi,
dan tidak pula dengan harga yang lebih tinggi. Begitu juga, jika
ketika berlaku pembelian (semula) tadi berlaku pula peningkatan harga
(dipasaran) sedangkan si penjual tadi benar-benar memerlukan barangan
tersebut, maka boleh saja beliau membelinya semula dari pembeli asal
dengan harga seperti harga jualannya kepada pembeli, atau dengan nilai
yang lebih tinggi. Ini tidak mengapa kerana tidak ada syubhat (kesamaran)
dalam masalah ini.
Kenapa Di Namakan
‘Iinah:
Dinamakan demikian dari perkataan ‘Ain (barangan); disebabkan si
pembeli berhasil mendapatkan barangan yang diperlukannya yaitu wang.
Hukumnya:
Terdapat 2 jenis bentuk bagi bai’ul ‘Iinah:
Bentuk
jualbeli ini adalah haram mengikut kesepakatan ulama’—kerana terdapat
unsur penipuan; dan unsur riba yang ‘dicelupkan’ seakan-akan ianya
jualbeli yang syar’ie.
-
Bahawa suatu
barangan itu dijual dengan harga ansuran, dan setelah barang itu
dipegang oleh si pembeli, ia menawarkannya untuk dijual semula
dengan imbalan duit, maka si penjual asal membelinya semula dengan
harga lebih murah dari harga jualan asal.
Perbezaan antara bentuk pertama dan kedua ialah, adanya syarat yang
ditetapkan dalam bentuk pertama, dan tiada syarat dalam bentuk kedua.
Sesungguhnya para fuqaha’ telah berselisih pendapat pada boleh
tidaknya bentuk kedua yang tidak mengandungi apa-apa syarat.
** As-Syaafi’iyah
membolehkan bai’ul “iinah dalam bentuk yang kedua.
Dan
mereka berdalil bahawa:
n Abdullah
bin Umar telah membolehkannya.
n Si
pembeli berkuasa untuk menjualkan barang itu semula kepada selain
pemilik aslinya baik dengan harga yang lebih rendah atau lebih tinggi;
maka boleh saja ia menjualkannya semula kepada orang yang menjual
barang tersebut kepadanya.
n Jumhur
ulama’ telah bersepakat terhadap haramnya bai’ul ‘Iinah; antara mereka
terdapat sahabah Abdullah bin ‘Abbas dan A’isyah; serta taabi’iin: al-Hasan
Al-Basri, Ibnu Siriin, As-Sya’bi, AnNakh’ie, dan Rabii’ah bin
Abdurrahman. Dari golongan para imam: AtTsauri, AlAuza’ie, Abu Hanifah,
Malik, Ishak bin Rahwiyah dan Ahmad bin Hanbal dan selain mereka.
Mereka telah
berdalil atas keharaman bai’ul ‘Iinah dengan yang berikut:
-
Sabda Rasulullah
saw: (( Apabila telah berjualbeli kamu dengan ‘Iinah dan telah (menghitung)
kamu ekor-ekor lembu, dan kamu redha dengan pertanian, dan kamu
tinggalkan jihad, Allah menguasakan keatas kamu kehinaan, tidak ia
mencabutnya darimu hinggalah kamu kembali kepada deen kamu)) Abu
Daud.
-
Dari al-‘Aaliyah
binti Aifa’ bin Syarhil – istri Abi Ishak asSabi’ie—beliau berkata:
“Aku telah masuk bersama ibu kepada anaknya Zaid bin Arqam serta
istrinya (Zaid) menemui ‘Aisyah; maka berkata ibunya anak Zaid bin
Arqam: Sesungguhnya aku telah menjual ghulam (anak) dari Zaid
bin Arqam dengan harga lapan ratus dirham kepada al-‘Atha’, kemudian
aku beli kembali darinya dengan harga enam ratus dirham. ‘Aisyah
berkata kepadanya: ‘Buruk sekali apa yang engkau jual dan beli,
sampaikanlah kepada Zaid bin Arqam bahawa Allah telah membatalkan
jihadnya bersama Rasulullah saw kecuali jika ia bertaubat” Al-Baihaqi.
Yang zahir, ini tidak dapat dianggap sebuah ijtihad dari ‘Aisyah,
kerana (masalah ini) tidak membolehkan qiyas kerana jihad tidak
boleh dibatalkan dengan ijtihad. Yang demikian kata-katanya ini
dibawa (kepada anggapan) bahawa dia mendengarnya dari Rasulullah
saw.
-
Bahawa bai’ul
‘Iinah ialah jalan menuju riba dan membawanya riba, jadi wajib
mengharamkannya berdasarkan sabda Rasulullah saw ((Barangsiapa yang
berlegar-legar sekeliling hima (tempat larangan) dikhuatiri akan
terjatuh ke dalamnya)). Al-Bukhari.
PERSOALAN DARI KAMI
Sistem Perbankan
Malaysia mendakwa menggunakkan aqad muamalah bai' al-'inah, beli
komputer dari bank dengan syarat jual balik pada bank, ada bank buat
jualan harta pejabatnya seperti mesin fotostat dan sebagainya. Jadi
nampaknya sistem perbankan ini mengambil bentuk inah yang pertama
dalam perbincangan kita di atas.
Kesalahan yang
utama yang dilakukan oleh pihak Bank ini ialah;
i) melakukan bai'
inah dengan bersyarat (Diharamkan oleh semua ulama')
ii) menggunakan
Pendapat Syafi'yyah pada inah bentuk pertama, sedangkan 'inah bentuk
kedua sahaja dibenarkan oleh Syafie.
iii) Sebenarnya
tidak melakukan penjualan hakiki, penjualan mesin fotostat itu atas
kertas dan tak keluar dari pejabat asal, sedangkan Rasulullah saw
melarang melakukan penjualan barangan yang tidak di serah terima,
kalau binatang ada serah-terima bila keluar dari kandang, kalau rumah
diserahkan kuncinya, kalau barangan pejabat dah dipindah dari
pejabatnya. Tapi adakah pembeli telah tahu mesin fotostat mana yang
dibelinya?
Ketiga-tiga fakta
ini membuktikan bahawa sistem perbankan Islam yang amat keliru
menerapkan Islam dalam urusan sehariannya...
Kesimpulannya
: HELAH RIBA |