Perbezaan
antara Liwath dan Zina
Definisi
Hukuman liwath (homoseksual) berbeza
dengan hukuman zina. Kerana, memang zina berbeza dengan liwath. Fakta
(tentang) liwath berbeza dengan fakta zina. Diantara keduanya berbeza.
Liwath tidak termasuk jenis dari perzinaan, sehingga dapat dikatakan
bahawa liwath masuk ke dalam keumuman dalil-dalil syara' yang menyebut
tentang perzinaan. Zina adalah masuknya kelamin laki-laki ke
dalam farjinya perempuan. Sedangkan liwath adalah
masuknya kelamin laki-laki ke dalam duburnya laki-laki.
Masuknya kelamin kedalam farji berbeza dengan masuknya kelamin ke
dubur. Jadi, liwath berbeza dengan zina.
Liwath Tidak Dapat DiQiyaskan Dengan Zina
Liwath juga tidak boleh
diqiyaskan dengan zina, sebab nas yang menerangkan tentang perzinaan
tidak mengandung 'illat sehingga qiyas dengan seluruh jenis illat
menjadi sah. Selain itu mendatangi wanita pada duburnya
tidak disebut dengan liwath dan tidak pula dinamakan dengan liwath,
sebab liwath bukan hanya memasukkah kelamin ke dubur akan tetapi
liwath adalah hubungan kelamin laki-laki dengan laki-laki, yakni
masuknya kelamin laki-laki ke dubur laki-laki. Dengan demikian zina
berbeza dengan liwath, dan tidak boleh diqiyaskan dengan zina. Adapun
hadis:
"Jika seorang laki-laki mendatangi laki-laki yang lain keduanya
adalah pezina, jika seorang perempuan mendatangi perempuan lainnya
keduanya adalah pezina."
Di dalam
isnad hadis ini terdapat Muhammad bin Abdurrahman. Abu Hatim
mendustakannya. Sedangkan Imam Baihaqi berkomentar, "Aku tidak
mengetahuinya dan hadisnya mungkar." Seandainya keshahihannya
diakui, maka maksud dari hadis tersebut adalah tasybih (penyerupaan),
yakni seperti orang-orang zina. Alasannya, tidak ada ketetapan dari
Rasulullah saw bahawa beliau merejam pada kes liwath dan menghukumi
liwath seperti hukum zina.
Hukuman Berbeza Antara Liwath Dan Zina
Rasulullah
saw yang menyebutkan:
"Bunuhlah kedua
pelakunya."
Apabila
perkataan belaiu ini bermakna hakiki, tentunya had liwath akan sama
dengan had zina. Demikian pula bahawa hadis yang meriwayatkan tentang
hukuman rejam bagi pelaku liwath telah menetapkan hukuman rejam bagi
jejaka atau perawan (al-bikr), yakni merejam pelaku liwath baik
muhshan maupun ghairu muhshan. Ini berarti bahawa hukum liwath berbeza
dengan hukum zina. Semua ini menunjukkan bahawa hukuman liwath berbeza
dengan hukuman zina.
Hukum
syara' dalam hukuman liwath adalah bunuh, baik muhshan maupun ghairu
muhshan. Setiap orang yang terbukti telah melakukan liwath, keduanya
dibunuh sebagai had baginya. Dalilnya adalah Sunnah dan Ijma' sahabat.
Dari Sunnah, disebutkan bahawa `Ikrimah dari Ibnu Abbas ra berkata,
Rasulullah saw. bersabda:
"Barangsiapa yang kalian dapati sedangkan melakukon
perbuatannya kaum (Nabi) Luth, maka bunuhlah keduanya".
Diriwayatkan oleh Imam yang lima kecuali Nasa'iy. Al-Hafiz berkomentar,
"Perawinya tsiqat, akan tetapi hadis ini masih diperselisihkan."
Ibnu ThaIa' di dalam Ahkam mengatakan, "Tidak ada ketetapan dari
Rasulullah saw bahawa beliau merejam kes liwath, beliau juga tidak
menjatuhkan hukuman pada kes liwath, namun liwath ditetapkan
berdasarkan kenyataan bahawa beliau saw. bersabda:
"Bunuhlah kedua pelakunya."
Diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas dari Abu Hurairah. Sampai disini selesai
(perkataannya). Ini adalah dalil dari Sunnah bahawa hukum liwath
adalah bunuh. Sedangkan apa diriwayatkan dari Sa'id bin Jarir dan
Mujahid dari Ibnu `Abbas
"Jejaka yang didapati sedang melakukan liwath maka rejamlah."
Maksud
dari hadis di atas adalah bunuhlah dengan hukuman rejam, bukan
bermakna bahawa had liwath adalah rejam. Yang menunjukkan pengertian
ini adalah, bahawa dalil yang menyebutkan hukum bunuh bagi kedua
pelakunya bersifat mutlak, tidak membezakan antara jejaka dengan duda,
sedangkan rejam adalah had bagi janda atau duda saja. Padahal hadis
tersebut telah menyebutkan bahawa yang melakukan perbuatan tersebut
adalah jejaka. Ini menunjukkan bahawa had liwath berbeza dengan had
rejam. Oleh kerana itu hadis Ibnu `Abbas dari jalan Sa'id Ibnu Jarir
dan Mujahid tidak bertentangan dengan hadis Ibnu Abbas dari jalan
Ikrimah. Kedua hadis tersebut menunjukkan hukuman mati. Sementara,
hadis tentang rejam menunjukkan hukuman mati bagi pelaku liwath dengan
uslub (cara) tertentu. Sedangkan hadis bunuh bagi liwath menunjukkan
pembunuhan secara mutlak. Dengan demikian hukum liwath adalah dibunuh.
Dan boleh membunuh dengan cara direjam, digantung, ditembak dengan
senapang, atau dengan wasilah yang lain. Kerana hukum liwath adalah
hukuman mati. Uslub atau wasilah yang digunakan untuk membunuh boleh
berbeza-beza. kerana yang penting adalah menjatuhkan hukuman mati.
Adapun Ijma' sahabat,
sesungguhnya para sahabat berbeza pendapat dalam menetapkan uslub (cara)
untuk membunuh pelaku liwath. Meskipun demikian mereka sepakat untuk
membunuhnya. Baihaqi mengeluarkan hadis dari Ali ra bahawa beliau
merejam pelaku liwath. Baihaqi juga mengeluarkan hadis dari Abu Bakar
ra bahawa beliau mengumpulkan para sahabat untuk membahas kes
homoseksual. Di antara para sahabat Rasulullah itu yang paling keras
pendapatnya adalah 'Ali bin Abi Thalib ra. Ia mengatakan, "Liwath
adalah perbuatan dosa yang belum pernah dilakukan oleh umat manusia,
kecuali satu umat (yakni kaum Luth) sebagaimana yang telah kalian
ketahui. Dengan demikian kami berpendapat bahawa pelaku liwath harus
dibakar dengan api.” Diriwayatkan dari Ja'far bin Muhammad dari
bapaknya dari Ali bin Abi Thalib selain dari kisah ini berkata, "Rejam
dan bakarlah dengan api."
Baihaqi
mengeluarkan dari Ibnu Abbas bahawa beliau ditanya tentang had pelaku
liwath, beliau ra berkata, "Jatuhkanlah dari atas bangunan yang
paling tinggi di suatu tempat, kemudian hujanilah dengan lemparan batu.
" Diriwayatkan dari Ali ra, "Bahawa beliau membunuh pelaku
liwath dengan pedang, kemudian membakarnya, kerana demikian besar
dosanya. " `Umar dan `Utsman berpendapat, "pelaku dilempari
dengan benda-benda keras sompai mati." Semua ini adalah pendapat
yang menunjukkan bahawa had liwath adalah dibunuh, walau uslub
pembunuhannya berbeza-beza.
Selain itu
telah dikisahkan oleh Shahib al-Syifa’ (Ijma' sahabat untuk
menjatuhkan had bunuh bagi pelaku liwath). Hal ini telah menjadi Ijma',
yakni Ijma' sahabat telah menetapkan bahawa pelaku liwath hukumnya
adalah dibunuh, baik pelaku maupun yang dikumpulinya, muhshon maupun
ghairu muhshon. Ijma' sahabat sendiri adalah dalil syara' sebagaimana
Sunnah.
Bagaimana Membuktikan Kesalahan Liwath
Pembuktian
liwath berbeza dengan pembuktian zina. Pembuktian liwath sama seperti
halnya pembuktian salah satu had dari hudud, kecuali zina. Tidak
dibenarkan menyamakan liwath dengan zina. Oleh kerana itu liwath tidak
boleh ditetapkan berdasar bayyinah (pembuktian) zina. Pembuktian
liwath dikategorikan ke dalam dalil hudud yang lain (selain zina).
Liwath terbukti dengan adanya pengakuan, kesaksian dua orang saksi,
atau seorang laki-laki dan dua orang perempuan, sebagaimana bayyinah (pembuktian)
pencurian, serta pembuktian pada kes hudud yang lain. Had liwath dapat
dijatuhkan dengan syarat, pelaku liwath baik pelaku mahupun yang
dikumpulinya itu baligh, berakal, kerana inisiatif sendiri, dan
terbukti telah melakukan liwath dengan bukti syar'iy, iaitu (dengan)
kesaksian dua orang laki-laki, atau seorang laki-laki dan dua orang
perempuan. Seandainya pelaku liwath adalah anak kecil, orang gila,
atau dipaksa dengan paksaan yang sangat, maka dia tidak dijatuhi had
liwath. -IKIN
|