PENGENALAN
Bukan lagi menjadi satu keraguan bahawa dunia
kapitalis yang diterajui oleh Amerika dan Britain adalah negara
penjajah. Kolonialisme mengalir dalam darah mereka dan menjadi penentu
hubungan mereka dengan negara lain. Oleh itu, tidak menghairankanlah
apabila Penasihat Polisi Luar Negara Tony Blair, Robert Cooper berkata,
“Cabaran dalam dunia pasca moden adalah untuk membiasakan diri
dengan idea dwistandard...apabila berurusan dengan negara-negara kolot
di luar benua pasca moden Eropah (termasuklah dunia Islam), kita perlu
kembali kepada cara kasar era dahulu kala – paksaan, serangan
‘pre-emptive’, tipudaya, apajua yang perlu bagi menangani mereka yang
masih hidup dalam abad ke-19 dimana setiap negara bertanggungjawab
untuk dirinya sendiri…Maka apa yang diperlukan adalah imperialisme
jenis baru…”[Robert Cooper, ‘The New Liberal Imperialism’, 2002].
Sememangnya pandangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Walaupun Britain
telah kehilangan kebanyakkan dari jajahannya, namun negara ini masih
lagi enggan mengecam kolonialisme. Ini jelas apabila British telah
menentang perhimpunan umum PBB resolusi 2326 (16/2/1967) yang menyeru
supaya kolonialisme dikecam sebagai suatu ‘Jenayah terhadap manusia’
kerana masih menanam impian menghidupkan kembali empayar kolonialisnya.
Dunia kapitalis telah terus-menerus menghalalkan kekejaman mereka atas
nama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Oleh itu, seorang ahli politik
Islam yang bijak sepatutnya menyedari realiti PBB dan pendapat Islam
yang dizahirkan darinya.
PBB adalah boneka kepada negara-negara kolonialis, dicipta oleh mereka,
dimanipulasi oleh mereka dan pastinya akan dibubarkan apabila ia sudah
tidak boleh memainkan apa-apa peranan lagi. Artikel ini akan
memfokuskan kepada PBB yang menjadi kubu kontemporari kepada konsep
undang-undang antarabangsa. Ini akan diperjelaskan dengan kejituan
terperinci mengenai selok-belok bagaimana PBB menjadi alat kolonialis
dengan memberikan beberapa kajian kes yang berkaitan.
STRUKTUR PBB
Terdapat pelbagai pendapat mengenai sifat kolonialis PBB. Di satu
pihak yang ekstrim, para pengampu mengatakan PBB sebagai suatu
institusi perwakilan antarabangsa tanpa sedikitpun prejudis yang
mempunyai 191 anggota, sebaliknya di pihak ekstrim lain para pemikir
teori konspirasi mengutarakan keseluruhan PBB dipenuhi perisik dan
ejen-ejen yang menurut segala perintah Amerika. PBB telah sengaja
dibentuk oleh pengasasnya supaya ia dapat menjadi alat yang boleh
menghalalkan neo-kolonialisme. Dengan meneliti kepelbagaian badan di
dalam PBB (http://www.un.org/aboutun/chart.html),
dua badan yang diamanahkan untuk menegakkan resolusi (undang-undang)
adalah ‘Perhimpunan Agung’ dan ‘Majlis Keselamatan’.
Bidang kuasa Perhimpunan Agung adalah seperti berikut;
“Perhimpunan Agung adalah majlis perundingan utama PBB. Ia terdiri
daripada wakil-wakil kesemua negara anggota, masing-masing dengan satu
hak mengundi. Keputusan mengenai hal-hal penting, seperti berkenaan
keamanan dan keselamatan, kemasukan anggota baru dan urusan belanjawan,
memerlukan majoriti dua pertiga. Keputusan mengenai hal-hal lain hanya
memerlukan majoriti biasa. Keputusan boleh dicapai tanpa mengundi atau
dengan undian, yang boleh direkod, tidak direkod atau diperoleh
melalui panggilan nama.” Teks ini disambung dengan, “Walaupun kerajaan
mana-mana negara tidak akan terikat dengan keputusan Perhimpunan Agung,
namun keputusan ini mewakili pendapat dunia tentang isu-isu
antarabangsa, termasuklah kewibawaan moral komuniti dunia.”
[terjemahan sumber:
http://www.un.org/ga/57/about.htm].
Ini adalah suatu halangan besar bagi mereka yang menyokong PBB sebagai
suatu kaedah praktikal dalam menyelesaikan masalah. Pandangan 176
daripada 191 anggota PBB yang menjadi sebahagian daripada Perhimpunan
Agung tiada kuasa mengikat mana-mana kerajaan.
Mengenai fungsi Perhimpunan Agung pula, sumber yang telah disebut di
atas menyenaraikan 9 ciri-ciri penting, dan dengan hanya memetik kata
kerja pada setiap perkara, teks ini adalah seperti berikut:
“- untuk mempertimbangkan dan memberi cadangan, - untuk berbincang,
- untuk memulakan kajian dan memberi cadangan, - untuk memberikan
cadangan, - untuk menerima dan mempertimbangkan laporan”.
Kata nama yang lebih realistik bagi ‘Perhimpunan Agung’ sebenarnya
adalah ‘Kedai Kopi’ memandangkan tidak ada satu pun fungsinya yang
membolehkan sebarang tindakan tegas diambil! Tugas terpenting
Perhimpunan Agung hanyalah untuk meluluskan belanjawan PBB dan memilih
anggota tidak tetap Majlis Keselamatan! Maka dapat dilihat di sini
bagaimana pandangan 176 daripada 191 (92%) anggota PBB menjadi tidak
relevan kerana mereka hanya mampu berbincang dan berbahas sementara
keputusan yang diperolehi pula tidak berkuasa mengikat mana-mana
kerajaan. Contoh yang baik adalah bagaimana Britain menerima resolusi
1810 Perhimpunan Agung PBB bertarikh 17/12/1962 yang mencadangkan
pembentukan ‘Jawatankuasa Dekolonisasi PBB’ yang terdiri daripada 24
anggota, kebanyakannya negara dari dunia ketiga. Britain telah menarik
diri daripada jawatankuasa tersebut pada 11/01/1971 dengan menyatakan,
“Dalam kes resolusi 1810, Britain tidak menerima campur tangan PBB
dalam pentadbiran wilayah (koloni) di mana Britain mempunyai
tanggungjawab”.
Britain telah menolak untuk bekerjasama dengan resolusi PBB ini dan
telah menghalang sebarang percubaan jawatankuasa ini untuk melawat
koloni British di Seychelles dan St. Helena. Alasannya?
“…Britain tidak menerima campur tangan PBB dalam pentadbiran
wilayah (koloni) di mana Britain mempunyai tanggungjawab”.
Ini adalah contoh menarik apa yang kolonialis PBB maksudkan dengan
frasa
“keputusan Perhimpunan Agung (92% anggota) tiada
kuasa mengikat mana-mana kerajaan”!
Majlis Keselamatan pula adalah suatu badan yang dipertanggungjawabkan
untuk menegakkan resolusi. Majlis ini mempunyai 15 anggota- lima
anggota tetap dan 10 lagi dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh
dua tahun. Tidak seperti Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan
mempunyai kuasa sebenar memandangkan resolusinya berkuasa mengikat
setiap negara anggota. Tambahan pula, antara kuasa Majlis Keselamatan
adalah “–untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap penceroboh”
dan “ – untuk menyeru negara-negara anggota melakukan sekatan ekonomi
dan tindakan lain yang tidak melibatkan ketenteraan untuk menghalang
atau memberhentikan pencerobohan”
[http://www.un.org/Docs/scinfo.htm].
Oleh itu, seperti mana kes Iraq, Majlis Keselamatan boleh membenarkan
tindakan ketenteraan. Jelas sekali kuasa terletak pada Majlis
Keselamatan tetapi apakah ciri-ciri badan ini? 15 anggota, di mana 5
adalah anggota tetap. Kelima-lima anggota tetap ini mempunyai veto
eksklusif yang membolehkan mereka menggunakan kuasa veto mereka
terhadap sebarang resolusi walaupun kesemua anggota lain menyokongnya!
Siapakah anggota tetap ini? Amerika, Britain, Perancis, Rusia dan
China.
Maka jelaslah bahawa struktur institusi ini membenarkan penganiayaan
oleh 5 anggota kelab eksklusif ‘Anggota Tetap’. Dalam situasi sebegini,
apa yang dapat menghalang Amerika daripada menakluki negara lain dan
kemudian menggunakan vetonya untuk menghalang sebarang resolusi yang
menetang tindakannya? Khayalan yang dibuat-buat? Dan tidakm berpijak
pada Realiti. Pada tahun 1989 Amerika telah menggunakan kuasa vetonya
ke atas resolusi Majlis Keselamatan yang telah mengecam sifatnya yang
suka berperang! Amerika telah memveto secara sendirian ke atas lebih
daripada 20 resolusi semenjak 1983.
Robin Theurkauf, Felo di Universiti Yale dan isteri kepada salah satu
mangsa September 11, telah berkata benar apabila beliau berkata,
“Kami di Amerika sukakan undang-undang antarabangsa, lebih spesifik
lagi kami suka negara lain patuh kepada kami. Tetapi ia tentulah
hipokrasi tahap tertinggi untuk mendesak negara lain supaya patuh
kepada tanggungjawab mereka sedangkan kami terus-menerus menolak
daripada mematuhi sistem undang-undang antarabangsa”
[Milan Rai, ‘War Plan Iraq’ p.205]. Dan PBBlah yang telah membolehkan
neo-kolonisasi yang terkutuk ini.
CUBAAN UNTUK MERATIFIKASI PIAGAM DIHALANG OLEH PENJAJAH
Lima negara eksklusif, yang dikemudi oleh Amerika dan Britain,
sentiasa berusaha untuk mensabotaj sebarang percubaan untuk
meratifikasi Piagam PBB yang boleh mengancam cita-cita kolonialis
mereka.
Pada tahun 1972, Setiausaha Agung (yang diluluskan oleh Majlis
Keselamatan) telah meminta semua negara anggota PBB untuk memberikan
idea bagi memperbaharui piagam yang sedia ada. Antara cadangan yang
diterima termasuklah meningkatkan anggota tetap Majlis Keselamatan
(yang mempunyai kuasa veto), calon-calon termasuklah India dan Jepun,
dan yang kedua untuk mengurangkan skop kuasa veto. Britain telah
mensabotaj pelan ini dan telah bersedia untuk memveto sebarang
resolusi yang menyeru kepada ratifikasi Piagam PBB. Dalam peristiwa
ini, USSR (Rusia) telah mengetuai tentangan bagi lima negara eksklusif
dan dalam pernyataan daripada dokumen rahsia British 1972,
“Veto Soviet amat bersesuaian dengan kami. Sungguhpun perkara
terakhir yang kami mahukan adalah sebarang semakan semula yang boleh
mengancam status kami dan Perancis sebagai anggota tetap…”
Dengan biadap sekali dalam utusan kepada Setiausaha Agung pada
30/6/1972 British telah menyatakan
“Tujuan sebenar kami menentang semakan semula piagam adalah kerana
takutkan kemugkinan ia mengancam kedudukan kami sebagai anggota tetap
Majlis Keselamatan” [terjemahan sumber: Public Records Office
(PRO): FCO 58/677].
Memang betul apabila orang Islam mengatakan bahawa PBB telah direka
dan dipelihara oleh golongan kafir untuk menguasai umat Islam dan
dunia ketiga. Dengan hati terbuka kami meminta umat Islam yang ikhlas
untuk menyedari realiti dan berhenti daripada menyeru kepada resolusi
PBB yang sebenarnya membantu pihak kolonialis merialisasikan rancangan
jahatnya.
KAJIAN KES: PBB DI PALESTIN
PBB yang telah diperalatkan oleh penjajah telah menyebabkan
berjuta-juta umat Islam dibunuh dan juga telah mengetuai pembunuhan
beramai-ramai insan yang tidak berdosa. PBB telah mewujudkan Israel
dengan Resolusi Perhimpunan Agung 181 (Pelan Pemisahan) 29/11/1947.
Lebih menyedihkan, PBB telah menjadi pemerhati semasa lelaki dan
wanita, tua dan muda, sakit dan sihat telah dibunuh oleh Resolusi
ciptaan mereka iaitu ‘Israel’. Sememangnya PBB telah gagal untuk
bertindak dan juga bersikap prejudis kerana menyokong kepentingan
Amerika. Antara insiden di mana PBB telah menolak untuk meluluskan
resolusi adalah:
::Mengecam tindakan Israel di Selatan
Lebanon. S/16732
::Mengutuk langkah penindasan Israel ke
atas populasi Arab. S/19459
::Mengecam tindakan Israel ke atas orang
awam di Selatan Lebanon. S/17000
::Menyeru kepada Israel supaya
menghormati tempat suci orang Islam.
...S/17769/rev. 1
::Membuat draf mengutuk serangan Israel
ke atas wilayah Lebanon dan tindakan ...kejamnya
terhadap orang awam di sana. [S/19434]
::Mengutuk polisi dan tindakan Israel di
wilayah yang diduduki dan juga sikap tidak ...endahnya
terhadap keputusan Majlis Keselamatan yang berkaitan.
::Menghantar Pasukan Pemerhati PBB ke
Tebing Barat, Gaza. [27/3/2001]
::Mengecam perbuatan ganas, mendesak
supaya keganasan dihentikan dan juga ...penubuhan
mekanisma pengawasan untuk membawa masuk pemerhati.
...[15/12/2001]
Bukan setakat menubuh Israel tetapi PBB juga enggan mengecam dan
mengutuk aktiviti tidak bertamadunnya. Mala untuk bersepakat
menghantar pemerhati bukan tentera pun tidak mampu dilakukannya!
Tetapi sebaliknya senario ini dengan Iraq amat berbeza, mereka dengan
cepat memberi respon dan mengerahkan tentera dengan begitu pantas
sekali.
KAJIAN KES: PBB DI BOSNIA
Menyingkap kembali kejadian di Bosnia pada dekad 90-an, PBB telah
meletakkan embargo senjata ke atas Bosnia dan membiarkan penceroboh
Serb (dibantu Serbia) dengan kereta kebal, meriam berat, mortar dan
senjata lain sementara orang Islam hanya berbekalkan mesin-gan telah
meragut hak mereka untuk mempertahankan diri.
Semasa pembunuhan dan jenayah rogol dilakukan terhadap umat Islam, PBB
telah menubuhkan “tempat perlindungan selamat” untuk meredakan
tuntutan penduduk dunia yang mendesak sekatan diangkat supaya orang
Islam boleh mempertahankan diri mereka. Di salah sebuah “tempat
perlindungan selamat” ini seorang jeneral Perancis PBB telah berkata
“Kamu sekarang berada di bawah perlindungan pasukan keselamatan PBB”,
beberapa senjata api yang dimiliki oleh orang Islam telah dirampas dan
akibatnya:
Serb telah datang dan mengebom kawasan tersebut, “pasukan pengaman”
tidak berbuat apa-apa, diikuti jenayah rogol beramai-ramai dan
sekurang-kurangnya 8000 orang Islam telah dibunuh atau dicacatkan.
“Penawan Serb pada satu masa merungut yang mereka tidak mendapat
pilihan wanita Islam yang baik dari Srebrenica” [David Rohde]
Tambah memilukan, PBB bukan sahaja telah menyebabkan wanita Islam
dirogol beramai-ramai tetapi sebenarnya telah memberi laluan mudah
kepada Serb, ringkasan perilaku “pasukan pengaman” PBB digariskan di
bawah ini:
Satu pakatan sulit telah dibuat di antara Jeneral Janvier [pemimpin
pasukan PBB] dan Jeneral Mladic [Serb] di Zvornik pada 4 Jun 1995
sebelum pembunuhan beramai-ramai; Komplot dan rancangan jahat di
antara Akashi [UN], Mladic, dan Milosevic semasa pembunuhan ini
dilakukan;
Penyerahan orang Islam yang tidak bersenjata oleh Batalion Belanda
[UN] kepada Mladic semasa komander Belanda sedang minum arak bersama
Jeneral Mladic;
“Taklimat Jeneral Van der Wind [UN] pada hari kedua penyerahan orang
Islam, 13 Julai, ‘Dutchbrat memindahkan 30,000 liter petrol kepada BSA
[Bosnian Serb Army] sesuai dengan kehendak Mladic’.” “Profesor Mark
Almond menulis: ‘Pada masa kementerian pertahanan Belanda sedang sibuk
menghapus bukti urusannya dengan jeneral Serb untuk membawa pergi
tenteranya, bukti video penting telah hilang – walaupun televisyen
Serb telah menunjukkan gambar pegawai-pegawai Belanda sedang minum
arak bersama Mladic, cukup untuk membuat kita sedih bagaimana mereka
dinaikkan pangkat dalam hirarki NATO’.”
[http://www.haverford.edu/relg/sells/srebrenica/srebrenica.html (laporan
B.Jagger’s)]
Dengan bukti kukuh menunjukkan penglibatan PBB dalam pembunuhan dan
jenayah rogol, Setiausaha Agung Kofi Annan terpaksa memohon maaf
dengan menyatakan PBB
“telah memberikan gambaran kepada Majlis Keselamatan bahawa
segala-galanya terkawal. ..sehari sebelum Srebrenica ditawan, kami
telah melaporkan bahawa Serb tidak menyerang, sedangkan mereka memang
sedang menyerang. Kami laporkan yang rakyat Bosnia telah menembak ke
arah kepungan Unprofor, walhal sebenarnya Serb. Kami gagal untuk
meminta bantuan segera untuk kekuatan tentera udara.”
Jadi penjajah telah merampas senjata orang Islam dalam menjamin
keselamatan mereka, minum arak bersama pembunuh dan perogol,
menyerahkan wanita dan kanak-kanak Islam untuk dibunuh, memberi petrol
kepada pihak Serb untuk trak yang memindahkan orang Islam ke kubur
mereka, menulis surat membantah serangan udara terhadap Serb dan
kemudiannya memohon maaf seolah-olah tiada apa-apa berlaku! Itulah PBB
Boneka dan anjing kerahan Negara Kolonialis.
UMAT ISLAM PERLU BERHENTI DARIPADA MENYERU KEPADA RESOLUSI PBB.
Mengetahui pendedahan yang mengejutkan mengenai realiti boneka ini,
sungguh memeranjatkan masih ada yang menyeru kepada penggunaannya!
“Maslaha” (manfaat) yang mereka laungkan, walhal tiada apa pun yang
menghampiri manfaat. Dari piagam kepada struktur dan polisi yang
diamalkan, semuanya berbaur kolonialisme, hegemoni, dominasi dan
keaiban. Lagipun konsep tindakan yang disandarkan kepada asas manfaat
adalah sunnah Nicolo Machiavelli yang menerangkan dalam karyanya
mengenai pentadbiran negara, ‘The Prince’ bahawa kesesuaian sepatutnya
menjadi asas tindakan:
“Dalam tindakan setiap manusia…kita mesti melihat kepada penghujung.
Jadi jika seorang putera mendapat kemenangan dan mendukung negaranya;
kaedah yang diambil akan sentiasa dianggap berbaloi”, seperti
pernyataan, “matlamat mghalalkan cara”. (“In the actions of all men…we
must look to the end. Let a prince, therefore win victories and uphold
his state; his methods will always be considered worthy”, hence the
dictum, ‘the ends justifies the means”).
Ulama pada zaman dahulu mencela orang-orang jahil yang menyeru supaya
manfaat menggantikan sumber diwahyukan. Salah satu daripada pakar
undang-undang Islam pada masa dahulu, Imam Shatibi (ra), menyatakan
dalam karyanya, “Al-Muwaffaqat fee Al-Usul al-akham” di halaman 25,
“Objektif di sebalik Shari’ah adalah untuk membebaskan individu
daripada kehendak mereka supaya mereka menjadi hamba sejati kepada
Allah dan dan itulah maslaha (manfaat) yang dihalalkan… Mencabuli
Sharia’ah atas alasan mematuhi objektif/nilai asas (maqaasid) Shari’ah
samalah seperti orang yang mengambil berat tentang roh tanpa jasad,
dan kerana jasad tidak berguna tanpa roh, maka roh tanpa jasad juga
tidak berguna.”
Tambahan pula Rafi’ bin Khadij meriwayatkan,
“Rasulullah melarang kita daripada sesuatu yang bermanfaat (naafi’)
bagi kita kecuali kepatuhan kepada Allah dan utusanNya lebih
bermanfaat (anfa’)” [Sahih al-Muslim].
Malah beberapa cendekiawan yang menerima masalaha sebagai sumber
undang-undang yang sah pun menekankan bahawa prinsip ini perlu
dibendung daripada digunakan untuk menjustifikasi apa sahaja (sepertimana
yang berlaku hari ini). Mereka telah menggariskan syarat-syarat,
1) Ia tidak boleh bertentangan dengan Al-Quran, Sunnah, Ijmaa as
Sahaba ataupun Qiyas.
2) Manfaat ini mestilah Haqiqi (nyata). Oleh yang demikian daripada
asasnya Masalaha adalah tidak munasabah, malah para cendekiawan masa
lalu yang menerima maslaha akan menolak PBB kerana ia tidak melindungi
kepentingan orang Islam, (Untuk pendedahan yang lebih lanjut rujuk
kepada Majalah Khilafah Jan 2003, artikel “The astute Comprehension of
International law”).
PENDIRIAN KITA BERKAITAN PBB.
PBB adalah sebuah institusi yang rapuh dan akan runtuh dengan mudah
apabila berhadapan dengan pendedahan intelektual oleh pihak-pihak
tertentu. Britain sendiri mengakuinya,
“PBB adalah organisasi yang sangat rapuh sehinggakan sebarang
pertelingkahan mengenai strukturnya akan melemahkannya lagi”. (PRO: FCO 58/677)
Sebagai orang Islam kita seharusnya mempunyai keberanian untuk
menegakkan kebenaran dan tidak gentar atau akur sahaja dengan cemuhan
si pengampu. Sememangnya apa-apa yang lain adalah sifat pengecut dan
kelalaian terhadap tanggungjawab kita memandangkan Allah (swt)
berfirman:
“Kemudian Kami letakkan kamu (Wahai Muhammad SAW) di atas suatu jalan
lurus (Shari’ah). Jadi ikutilah kamu ke jalan ini dan bukannya
kehendak mereka yang tidak mengetahui” [Surah Al-Jaatshiya:18]
Kita tidak sepatutnya berasa hairan apabila melihat terdapat mereka
dari kalangan orang Islam sendiri, yang bergegas kepada penjajah
sambil menyeru kepada orang Islam untuk menyokong mereka kerana Al-Quran
telah memberi peringatan kepada manusia tentang kewujudan orang-orang
yang tidak menyedari realiti dan panduan (al-Hudaa):
“Katalah: ‘Aku mengingatkan kamu hanya dari wahyu. Tetapi mereka yang
pekak tidak akan mendengar seruan ini, (walaupun) mereka telah diberi
peringatan”
[Surah Al-Anbiya:45]
TINDAKAN MEREKA YANG MAMPU MEMUSNAHKAN KOLONIALIS PBB.
Mereka yang mempunyai keupayaan untuk memusnahkan “organisasi rapuh”
ini dan mengembalikan kegemilangan Islam adalah ketua tentera orang
Islam sendiri iaitu para pemerintah. Kita tahu mereka tidak dapat
bersepakat untuk mengadakan persidangan, apatah lagi untuk mengusir
pengkalan Amerika dari Qatar, Arab Saudi, Turki, Bahrain antara
lainnya – begitu dahsyat sifat perhambaan mereka! Dalam “New York
Times” (19/2/2003), Stephen Myers menulis, “Menteri Luar Negeri Arab
Saudi, Saud al-Faisal, dalam komen yang diumumkan hari ini berkata
beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk mengadakan persidangan
tergempar, dan menyatakan kebimbangan tentang perpecahan di kalangan
negara-negara Arab yang mungkin tidak dapat diatasi. Pegawai di
Lebanon, yang kini menjadi pengerusi liga, juga dilaporkan membantah
persidangan tersebut.”
Pemimpin-pemimpin penakut ini tidak mempunyai sebarang niat untuk
menegakkan dan mempertahankan maruah orang Islam, telah memperhambakan
diri kepada pihak kolonialis, dan hanya mengerahkan tentera untuk
menyebarkan hasutan di kalangan umat Islam, memenjara mereka dan
menakut-nakutkan mereka:
“Dan jika mereka ingin pergi berperang, tentu sekali, mereka akan
mempersiapkan diri, tetapi Allah tidak mahu mereka ke sana, jadi Dia
memperlahankan mereka, dan dikatakan (kepada mereka), ‘Duduklah kamu
di kalangan mereka yang tinggal (di rumah). Kerana jika mereka pergi
bersama kamu, mereka hanya akan menjadikan keadaan kucar-kacir, dan
mereka akan bergegas di kalangan kamu (menyebarkan fitnah) dan hasutan,
dan ada di antara kamu yang akan mempercayai mereka…” [Surah
at-Taubah:46-47]
Janganlah kita menuruti mereka dan janganlah pula kita menjadi
pemerhati sahaja yang menjadi saksi kepada pembunuhan beramai-ramai
saudara kita di Iraq. Kita orang Islam di mana sahaja, boleh menerajui
pendedahan kepalsuan PBB dan menunjukkan bagaimana ia sebenarnya
adalah boneka penjajah. Kesimpulannya, PBB sebenarnya telah diketahui
umum sebagai boneka dan anjing suruhan penjajah dan telah
diperjelaskan secara terperinci di sini tentang bagaimana ia memaksa
hegemoni, keaiban dan penindasan. Daripada strukturnya kepada piagam
hinggalah kepada polisi yang diamalkan, kesemuanya telah dibentuk
untuk meneruskan usaha-usaha kolonialisme. Oleh itu, marilah kita
menjalankan tanggungjawab kita sebagai orang Islam dan meninggalkan
PBB, mendedahkan kepalsuannya dan menyatukan umat Islam untuk
bersama-sama mewujudkan satu alternatif – undang-undang Shari’ah –
Khilafah!-IKIN
|