Peristiwa pengeboman bandar Riyadh, di Saudi dan
bandar Casablanca, di Maghribi telah dimanipulasi oleh AS untuk
meneruskan agendanya dan ini merupakan amaran kepada dunia Islam
terhadap tindakan ancaman AS tersebut. Ini jelas apabila punca
pengeboman dan maklumat lanjut mengenainya diselindungkan, lebih-lebih
lagi tiada individu atau mana-mana kumpulan pun mengaku
bertanggungjawab, tetapi AS dengan segera mempergunakan peluang ini
untuk tujuan kepentingan peribadinya. Hanya dalam masa beberapa jam
selepas peristiwa pengeboman tersebut, Setiasusaha AS Colin Powell,
menuduh Al-Qaeda dan organisasi-organisasi yang berkaitannya
bertanggungjawab. Powell juga menambah : “Terrorisme menyerang
dimana-mana dan sesiapa sahaja. Ia adalah ancaman kepada seluruh dunia
yang bertamadun ini”
President Bush dengan segera menyatakan perspektif AS terhadap isu
tersebut dengan tanpa berselindung lagi mengancam akan membalas dendam.
Katanya : “mereka akan tahu apa erti keadilan bagi rakyat Amerika”,
seterusnya dia berkata “ Setiap kali tidak kira siapa menyerang
tanahair atau rakyat kami, kami akan keluar memburu…”
Dengan tidak menganalisis sebab mengapa dirinya begitu dibenci
dikalangan umat Islam dan yang lainnya, AS telah memutarbelit dan
mengubah realiti untuk memenuhi agendanya sendiri. AS secara rasminya
telah menuduh kerajaan Saudi bersubahat dalam serangan bom tersebut
dan menyalahkan Saudi atas kegagalan mengenal pasti kehadiran kumpulan
anti-barat di dalam negaranya. AS menekan Saudi supaya menukar sistem
pelajarannya agar umat Islam hanya menerima ajaran Islam yang sesuai
dengan kehendak AS. Kumpulan khas yang terdiri daripada penyiasat FBI,
polis dan perisik telah dihantar untuk mengintip dan mengganggu
gerakan umat Islam dengan alasan membantu pihak berkuasa Saudi atas
permintaan mereka sendiri.
Tindakan tersebut tidak menjadi suatu kejutan, memandangkan secara
jelas AS menggunakan peristiwa 9/11 untuk meneruskan agenda dan
objektif polisi luar negaranya tanpa bukti yang kukuh terhadap mereka
yang disyaki. AS menggunakan peluang tersebut untuk menukar regim yang
memerintah di Afghanistan dan menempatkan pangkalan-pangkalan
tenteranya diserata negara kaum muslimin, tetapi pada masa yang sama
mereka turut giat meningkatkan perbelanjaan pertahanan. Mereka telah
mencipta suatu suasana ketakutan dikalangan umat Islam, dan ini
memberikan lampu hijau kepada agen-agen mereka menumpaskan kaum
muslimin yang ikhlas memperjuangkan Islam dengan alasan menentang
keganasan.
Apa yang menyebabkan negara barat mampu memanfaatkan kejadian yang
berlaku sebagai alat untuk mencapai matlamat dan agenda mereka adalah
kerana mabda/ideologi, walaupun ia merupakan ideologi yang rosak dan
batil. Ideologi kapitalis merupakan suatu kumpulan peraturan dan
prinsip yang mampu melahirkan matlamat dan arah tuju sesuatu negara.
Ideologi ini mampu menjadikan mereka melihat suatu peristiwa dan isu
yang berlaku dari suatu sudut pandangan yang khas. Sebagai contoh,
polisi luar negara kapitalis memandang negara-negara lain dalam bentuk
penjajahan; samada penjajahan dari segi ekonomi, politik atau
ketenteraan. Oleh itu, AS menggunakan kejadian yang berlaku sebagai
satu jalan untuk menjajah dunia bagi kepentingannya, syarikat-syarikat
korporat dan rakyat mereka.
Sebaliknya, suatu realiti yang amat menyedihkan dimana tidak ada suatu
negara umat Islam pun yang menerapkan mabda/ideologi Islam secara
keseluruhannya. Identiti dunia Islam kini adalah campuran secara rawak
diantara undang-undang sekular dengan sedikit peraturan Islam dari
segi ibadat. Oleh kerana tiada suatu titik panduan yang komprehensif,
negara umat Islam berjalan tanpa arah tuju dengan ketiadaan visi untuk
masyarakat dan umatnya.
Mereka yang tidak bermabda/berideologi bermakna mereka tidak mempunyai
matlamat yang jelas, maka dengan itu mereka terus menerus gagal
memanfaatkan kejadian yang berlaku untuk kepentingan Islam dan kaun
muslimin. Contohnya kita ambil berbagai jenis ketidakadilan yang
berlaku kebelakangan ini. Umat Islam di barat telah disoal-siasat dan
ditahan hanya bersandarkan bukti yang lemah atau boleh dikatakan tanpa
sebarang bukti. Mereka telah dibuang negeri atau dinafikan hak
kemasukan mereka ke negara tersebut hanya berdasarkan jenis kaum.
Manakala pihak media barat mendapat kebenaran untuk memburuk-burukkan
Islam dan umat Islam. Malah perang terhadap Iraq tetap diteruskan
tanpa sebarang bukti dan walaupun mendapat tentangan dari majoriti
penduduk dunia samada muslim atau non-muslim. Tetapi sayang, tiada
satu pun negara umat Islam yang menggunakankan kejadian-kejadian ini
untuk mempertahankan atau meneruskan kepentingan Islam, dengan
mempersoalkan tindakan barat yang seumpama talam dua muka, atau
mencabar konsep kebebasan dan kemerdekaan barat. Sementara itu AS
melihat kejadian serangan terhadap seorang rakyatnya seumpama serangan
terhadap mereka secara keseluruhannya, sebaliknya negara umat Islam
masih tidak berdaya walaupun seluruh umatnya menghadapi serangan atau
ancaman.
Fakta juga menunjukkan dengan jelas bagi pihak barat, semua tuntutan
mereka dipenuhi dengan mudah. Pakistan misalnya, ia membenarkan pihak
barat yang angkuh itu menentukan samada negara tersebut patut
mempunyai senjata nuklear atau tidak. Pakistan bertindak balas dengan
membenarkan siasatan dari pihak asing untuk mensahkan simpanan senjata
nuklearnya. Tetapi yang jelas tidak ada suatu negara barat pun yang
akan mengaku kelemahan kerajaan mereka dengan begitu mudah sekali.
Jika umat Islam ingin mendakwa diri mereka mempunyai ideologi, dan
menerima Islam sebagai asas dalam tindakkannya, maka kejadian-kejadian
yang berlaku ini tidak akan merugikan umat Islam seperti sekarang.
Sebagai contoh, peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah(SAW),
sebelum berlakunya perang Badar. Pada bulan Rajab, suatu ekspidisi
yang diketuai oleh Abdullah bin Jash(RA) telah dihantar dengan misi
untuk mengumpulkan maklumat mengenai tentera Quraysh. Disebabkan oleh
penangkapan 2 orang ahlinya, semua ahli ekspidisi telah sepakat untuk
menyerang sekumpulan rombongan Quraysh. Hasilnya ahli rombongan
tersebut telah dijadikan tawanan. Sedangkan berperang dalam bulan
Rajab telah dianggap suatu larangan pada masa itu, orang-orang Quraysh
dengan segera menggunakan kejadian ini sebagai alat propaganda mereka
dan mewujudkan suatu pendapat umum menentang umat Islam di jazirah
Arab dan sekelilingnya. Rasulullah (SAW) tidak menunjukkan reaksi
menafikan atau defensif dengan meminta maaf atau mengakui itu adalah
kesalahan terhadap kaum Quraysh. Walaupun umat Islam pada masa itu
menghadapi tekanan yang begitu hebat dari kaum Quraysh, umat Islam
dengan sabar menunggu turunnya wahyu sebelum menjelaskan insiden
tersebut.
Allah (SWT) menjelaskan dalam firmanNya :
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum
berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peparangan dalam
bulan itu adalah dosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang
islam) dari jalan Allah, dan perbuatan kufur kepadaNya dan perbuatan
menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidil Haram (di Mekah), serta
mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu adalah lebih besar lagi
dosanya di sisi Allah.” [Surah Al Baqarah : 217]
Ayat ini dengan jelas membersihkan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan
kepada umat Islam dan ia disambut dengan kegembiraan di Madinah. Bukan
itu sahaja ayat ini membalas semula propaganda dari kaum Quraysh
terhadap tindakan mereka yang menyiksa, menghalang dan membunuh umat
Islam kerana keimanan mereka adalah kesalahan yang lebih besar. Ini
memberikan umat Islam semangat keberanian untuk menyebarkan Islam di
pelusuk jazirah Arab.
Hanya mabda/ideologi Islam yang diterapkan menerusi Khilafah mampu
memanfaatkan kejadian-kejadian yang berlaku untuk kepentingan umat
Islam dan sebagai propaganda Islam. Ini adalah satu-satunya cara untuk
menumpaskan barat dan pengaruhnya. -IKIN
|