Mengapa topik ini penting?
Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan
berita secara berterusan akan mendapati terdapat propaganda yang
disebarkan dalam saluran-saluran media massa. Liputan berita
peperangan di Iraq telah memastikan secara umumnya masyarakat dunia
sedar tentangnya dan sedang membincangkan peristiwa ini.
Propaganda boleh mempunyai kesan yang besar ke
atas pandangan masyarakat dan tidak semestinya sesuai dengan keinginan
pihak yang menyebarkannya. Oleh kerana pengaruh media massa dapat
memberi kesan mendalam dalam kehidupan manusia, maka dengan itu kuasa
propaganda semakin berkembang. Kita hidup dalam era yang memerlukan
kita memahami perkara ini. Kita perlu memahaminya supaya kita boleh
menafsirkan berita dengan tepat. Tujuan mereka yang menyebarkan
propaganda adalah berguna untuk membantu kita mendapatkan gambaran
tentang senario politik dunia. Perlu ada kefahaman tentang bagaimana
ia boleh digunakan terhadap Muslim yang ingin mengubah keadaan semasa.
Fitnah adalah lebih dahsyat apabila didokong oleh jentera propaganda
yang menyebarluaskannya ke khalayak ramai. Kita perlu mengetahui
bagaimana kaum Muslim yang ikhlas boleh menggunakan propaganda secara
berkesan atau sama ada pada hakikatnya hukum syara’ membenarkannya
sama sekali. Pelbagai negara menggunakan propaganda dengan amat
berkesan di masa lepas. Patutkah Khilafah menggunakan propaganda. Jika
boleh adakah penggunaannya dibatasi oleh syariah. Jika tidak patutkah
penggunaannya dibatasi oleh mana-mana panduan sama sekali?
Setelah menyebut beberapa bidang yang
memerlukan kefahaman, adalah jelas bahwa untuk merangkumi semua aspek
secara menyeluruh adalah mustahil. Maka maqalah ini akan hanya
merangkumi kepada pengkajian terhadap propaganda daripada sudut yang
khusus iaitu: Penggunaan Propaganda oleh Pemerintah dan akibat yang
bakal terjadi, serta kesannya ke atas penggunaan propaganda oleh
Khilafah.
Apakah
propaganda? Kebanyakan orang mempunyai takrif tersendiri mengikut
kefahaman dan sudut pandang masing-masing. Mungkin agak memeranjatkan
bahwa takrif sebenar adalah agak kontroversi dan orang ramai agak
sukar untuk menerimanya.
Di sini dipaparkan satu cubaan untuk
mentakrifkannya:
“Propaganda adalah … cubaan yang
disengajakan oleh sesetengah individu atau kumpulan untuk membentuk,
mengawal atau mengubah sikap kumpulan-kumpulan lain melalui penggunaan
alat-alat perhubungan dengan niat bahwa dalam sebarang keadaan
tindakbalas mereka yang dipengaruhi akan memenuhi keinginan mereka
yang menyebarkan propaganda tersebut”.
Di sini dibentangkan
beberapa takrif yang diperolehi daripada kamus Webster:
- Penyebaran secara
teratur terhadap doktrin atau perjuangan atau maklumat yang
mencerminkan pandangan dan kepentingan mereka yang mendokong doktrin
atau perjuangan itu.
- Bahan yang
disebarkan oleh para pendokong atau penentang doktrin atau
perjuangan; propaganda peperangan.
- Propaganda –
Gereja Katolik Rom. Satu bahagian daripada Roman Curia yang
mempunyai kekuasaan dalam perkara menyebarkan agama (kristian),
mewujudkan gereja dalam negara-negara kristian, dan mentadbir
mubaligh kristian dalam wilayah-wilayah yang tidak memiliki
tatatingkat yang tersusun.
Ringkasnya, takrif
yang dibentangkan di atas kelihatan sesuai. Walau bagaimanapun
terdapat satu aspek yang tidak ada dalam takrif tersebut yang begitu
penting kepada kita sebagai Muslim yakni tidak disebut kebenaran atau
kepalsuan. Kebanyakan orang ramai apabila menggambarkan propaganda
akan serta merta mengaitkan dengan takrif di atas, faktor tambahan
yakini mereka yang menyebarkan propaganda bukan sahaja mencuba untuk
mengubah sikap kumpulan-kumpulan lain tetapi sebenarnya berusaha untuk
mengubah mereka dengan memutarbelitkan kebenaran dengan cara
membesar-besarkannya atau dengan menipu. Propaganda seperti inilah
yang biasa kita hadapi apabila meneliti media massa dalam krisis
terbaru dan propaganda seperti inilah yang akan dibahaskan.
Bagaimana ia
telah digunakan secara berkesan dalam sejarah?
Terdapat banyak
contoh yang menunjukkan bagaimana propaganda digunakan secara berkesan
dalam sejarah:
þ
Menekankan perangkaan yang mengandungi penipuan untuk
memberi gambaran elok tentang ekonomi untuk mewujudkan perasaan tenang
di kalangan orang ramai.
þ
Menggembar-gemburkan atau mereka aspek negatif tentang
kumpulan politik yang mempunyai keupayaan mengancam untuk memburukkan
mereka di hadapan masyarakat.
þ
Membentangkan fakta-fakta yang dipilih ketika peperangan
untuk memberi gambaran yang mengelirukan tentang kemajuan dalam
peperangan.
Dalam setiap kes, sesebuah negara akan cuba
memesongkan pandangan masyarakat supaya mereka mendokong parti
pemerintah.
Menjual Pengalaman Yang Penuh Cabaran
dan Empayar
Beberapa lama sebelum
gereja katolik melahirkan istilah propaganda, orang perseorangan dan
empayar menggunakan cerita-cerita dan imej-imej untuk mencipta satu
gambaran yang disengajakan. Empayar Trajan Rom yang memerintah antara
98 – 117 Sebelum Masihi menggunakan kekayaannya dan kekuasaannya untuk
merakamkan kejayaan pemerintahannya secara berkekalan di Rom. Maka
pemerintahannya menikmati kejayaan dan keuntungan yang kelihatan jelas
di mata rakyat. Tidak mungkin terjadi ia akan merakamkan
peristiwa-peristiwa negatif untuk generasi akan datang.
Pembangun-pembangun
empayar seterusnya menggunakan gambaran kekayaan dan kejayaan –
ketenteraan dan kerohanian – untuk menggoda para sukarelawan. Gambaran
tentang roh-roh yang belum dikristiankan lagi dan gunung emas
lazim ditemui dalam pelbagai laporan yang terbit daripada wilayah
jajahan Sepanyol dan Portugal. Catatan awal Inggeris menjanjikan tanah
luas yang menguntungkan dan penduduk tempatan yang mesra kepada bakal
peneroka tanah.
Terdapat bukti bahwa
Empayar Britain di India dalam tahun 1800an cuba untuk mengubah imej
mereka sebagai penceroboh yang sering mengeksploitasi sumber menjadi
sebuah lembaga yang kononnya berusaha untuk memajukan budaya-budaya
yang mundur.
Serangan orientalis
dan mubaligh kristian yang kita amat ketahui adalah contoh tentang
penggunaan propaganda secara berkesan oleh sebuah negara untuk
melaksanakan dasar luar negerinya ke atas negara lain. Di sini
‘fakta-fakta’ yang dipilih daripada budaya barat dan Islam dikumpulkan
sedemikian rupa untuk melemahkan pemikiran Islam dan mengukuhkan
pemikiran barat.
Perang Salib
Satu lagi peristiwa
bersejarah yang kita ketahui adalah perang salib. Kuasa-kuasa Eropah
Barat khususnya gereja begitu berjaya mewujudkan propaganda anti-Islam
untuk membentuk keadaan yang membuatkan orang membenci dan menggeruni
Muslim dan membuatkan mereka terdesak dan berusaha mengenepikan Deen
Islam dari dunia ini. Kajian ke atas karya-karya pada masa itu
menggambarkan Muslim sebagai pengganas keji yang menyembah syaitan
yang diwakili oleh berhala di Makkah. Banyak lagu yang ditulis dengan
niat mengapikan perang salib, contohnya ‘Askar-askar kristian mara ke
medan peperangan…’. Taktik propaganda anti-Muslim di peringkat awal
perang salib itu masih lagi terbukti berguna pada hari ini khususnya
digunakan oleh kuasa-kuasa yang memerlukannya untuk menyemarakkan
perasaan anti-Muslim dari semasa ke semasa.
Peperangan Sepanyol-Amerika dan
Peperangan Dunia Pertama
Peperangan
Sepanyol-Amerika 1898 seringkali dilihat sebagai konflik yang
sebahagian besarnya dimulakan dan diapi-apikan menggunakan propaganda.
Penerbit Jurnal New York Randolph Hearst (ibarat seperti pemilik media
terkenal Rupert Murdoch) lazimnya dipercayai telah memberitahu seorang
wartawan di Cuba, “Anda berikan gambar-gambarnya (kepada kami),
nanti saya akan menyediakan peperangannya”. Tanpa mengira
kesahihan kisah ini, dakwaan Hearst dalam media bahwa periuk api
Sepanyol telah menenggelamkan kapal perang USS Maine dan seterusnya
mendorong negara itu ke arah peperangan. Cara keji dan hina yang
digunakan oleh akhbarnya untuk menggambarkan kaum Sepanyol dan caranya
yang berlebih-lebihan dalam mendramatikkan peperangan dan perasaan itu
dikenali sebagai “Pemberitaan Kuning”.
Peperangan Dunia I
menandakan penglibatan singkat pemerintah Amerika secara rasmi untuk
mewujudkan propaganda. Bagi mempercepatkan kerahan tentera dan menjual
bon-bon peperangan kepada masyarakat yang lebih suka memencil diri,
Presiden Wilson membentuk Jawatankuasa Maklumat Awam (JMA). JMA
menghasilkan poster, filem dan bahan lain yang menyamakan perjuangan
Amerika dengan demokrasi dan kekeluargaan. Propaganda Amerika
mengambil iktibar dari taktik Britain dan Perancis yang menekankan
tentang kekejaman “orang Hun” (kaum nomad zaman silam yang suka
berperang) dan “pemerkosaan” ke atas negara Belgium yang tidak memihak
kepada sesiapa. Kekhuatiran tentang penghijrahan orang dari luar ke
negara mereka dan revolusi menjadi perkara penting dalam propaganda
pemerintah yang khuatir tentang ancaman komunis selepas perang.
Peperangan Dunia II
Ketika Peperangan Dunia II istilah propaganda
mengandungi maksud yang mencurigakan – disebabkan sebahagian besarnya
oleh penekanan ke atas penciptaan propaganda oleh Jerman (Third Reich)
di bawah kepimpinan Menteri Propaganda, Joseph Goebbels.
Hitler menyatakan
butiran terperinci tentang prinsip-prinsipnya dan kaedah-kaedahnya
dalam bukunya Mein Kampf. Dalam buku itu beliau menyatakan bahwa
beliau mempelajari rahsia-rahsia propaganda yang berjaya daripada
Britain dalam Peperangan Dunia I. Beliau melaksanakan pengajaran yang
beliau timba untuk menyatukan bangsa Jerman menjadi alat yang kuat
untuk melancarkan peperangan dan penaklukan. Hitler memutuskan
keganasan dengan sendirinya tidak akan memenuhi matlamatnya; dan
sejarah telah membuktikan kepada beliau bahwa ia tidak berkesan dalam
jangka panjang dan kesannya akan menghantui mereka yang menimbulkan
kekacauan. Beliau mengetahui bahwa kejayaan bergantung kepada
penguasaan terhadap aqal, pemikiran, dan perasaan orang ramai dan
dengan mempengaruhi mereka dengan teori-teori Nazi, menanamkan
kebencian dan kegembiraan mengikut keinginannya.
Matlamat yang
memiliki cita-cita yang tinggi serta berwawasan jauh itu hanya boleh
dicapai dengan mengambil kesempatan dan menguasai semua cara untuk
menyebarkan propaganda – platform, penimbunan, media, radio dan
pawagam; dan setelah tidak disangkal dapat memiliki kesemuanya, Hitler
menghidupkan dan meneruskan aliran propaganda yang lancar dan mantap.
Beliau memberitahu
kita tentang cara yang beliau harap untuk mencapai matlamatnya dan ia
boleh diringkaskan seperti berikut:
«
Menberi tekanan bertalu-talu beberapa perkara ringas dan
menggunakan slogan-slogan menarik atau slogan peperangan;
«
Bermain-main dengan naluri sekawan dan sering merayu
kumpulan atau orang ramai – bukan terhadap orang perseorangan;
«
Mengelakkan dari hujah rasional, dan menumpukan kepada
mendapatkan tindakbalas sepontan khususnya terhadap perasaan takut.
Perang Dingin
Sifat Perang Dingin (iaitu
bahaya yang benar-benar mengakibatkan terheret ke dalam perang fizikal
disebabkan oleh ancaman nuklear) menjamin berlakunya pergantungan
besar terhadap propaganda oleh kedua-dua pihak (Blok kapitalis &
komunis). Di Amerika Syarikat, usaha diterajui oleh Agensi Maklumat
Amerika Syarikat dan Radio Bebas Eropah. Pada masa yang sama
rejim-rejim komunis menampilkan imej terbaik mereka dengan memaparkan
gambaran “rasmi” petani-petani yang gembira dan pekerja-pekerja yang
produktif.
Bagaimana propaganda digunakan secara
tidak berkesan dalam sejarah?
Boleh dihujahkan
menggunakan aqal bahwa walau pun kaum Quraish menggunakan propaganda
dengan berkesan dalam Makkah dan persekitarannya tetapi ia gagal
menghancurkan misi Rasulullah SAW. Kaum Aus dan Khazraj tidak menjadi
mangsa kepada pembohongan Quraish. Raja Najasyi dari Abysinia juga
mampu mengelakkan dari terperangkap ke dalam pembohongan Quraish. Di
Makkah, kaum Quraish terpaksa bertindak secara berhati-hati kerana
keperibadian Rasulullah SAW tiada cacat celanya dan oleh itu adalah
sukar bagi Quraish untuk menyerangnya dengan cara yang berwibawa.
Dalam Perang Vietnam
bilangan sebenar mayat dirahsiakan sebahagian besarnya dengan cara
tidak mengambil kira mereka yang hilang dalam pertempuran dalam
senarai mangsa perang. Walau pun pemerintah Amerika cuba memaparkan
pelobi anti-perang sebagai orang-orang komunis yang sesat, mereka
gagal kerana pelbagai sebab untuk mengekalkan dokongan orang ramai
untuk berperang.
Dalam kebanyakan
rejim diktator dalam 50 tahun yang terakhir, berulang-kali berlaku
pilihanraya yang menghasilkan keputusan yang meragukan yang kononnnya
menghasilkan keputusan undian 90% kepada pemimpin tertentu. Ini
menunjukkan kegagalan propaganda yang membuatkan rakyat tidak meyakini
keputusan tersebut dan membuatkan mereka menjadi semakin ragu. Ketika
keraguan meningkat, kemampuan pemerintah-pemerintah untuk menyebarkan
propaganda terjejas.
Penggunaan
sumber-sumber media satelit yang semakin meningkat di Timur Tengah
selepas Perang Teluk Pertama membuatkan pemerintahan tertentu semakin
sukar menguasai punca-punca maklumat dan oleh itu membentangkan
gambaran yang berat sebelah tentang pelbagai peristiwa. Sumber-sumber
media yang lain menjejaskan cubaan pemerintah untuk memaparkan
gambaran tertentu khususnya apabila pemerintah yang terbabit cuba
melakukan pembohongan.
Bagaimana Propaganda Kini Digunakan
Secara Berkesan
Pemerintah-pemerintah
Barat tanpa ragu-rague menggunakan propaganda zaman moden secara
berkesan. George Orwell, dalam pengenalannnya terhadap karya
‘Animal Farm’ yang akan diterbitkan, menggambarkan bagaimana
penapisan dalam masyarakat bebas adalah jauh lebih canggih dan
mendalam jika dibandingkan dengan rejim-rejim diktator kerana
‘pemikiran-pemikiran yang tidak masyhur boleh disenyapkan dan
fakta-fakta yang kurang disukai boleh disembunyikan, tanpa memerlukan
larangan rasmi’. Dalam tempoh 50 tahun sejak beliau menulis kenyataan
itu intipati utamanya masih kekal – yakni mereka yang mempersoalkan
sifat sistem itu akan menghadapi kemungkinan diketepikan daripada
‘arus perdana’. Penapisan adalah salah satu alat propaganda. Apa yang
diperkatakan adalah propaganda rejim Barat berjaya kerana lazimnya ia
dilakukan secara halus dan kelihatan seolah-olah menyakinkan terhadap
orang awam mahu pun kebanyakan golongan terpelajar. Suara-suara yang
mengkritik digunakan untuk menjadikan pandangan rasmi menjadi
berwibawa. Dengan menggunakan pandangan-pandangan pengkritik untuk
menunjukkan bahwa kita tinggal dalam masyarakat bebas yang membolehkan
semua pandangan didengari, propaganda tidak diperlukan dan oleh itu
apa yang diperkatakan oleh pemerintah mungkin adalah benar.
Sebelum mengkaji
pelbagai contoh tentang propaganda pada masa kini, adalah elok untuk
membincangkan perkara lain untuk sementara waktu dan melihat seimbas
lalu terhadap kaedah-kaedah propaganda. Terdapat banyak kaedah dan di
bawah ini dibentangkan salah satu klasifikasi yang kebanyakannya
adalah jelas yakni:
þ
Rayuan kepada pihak berkuasa;
þ
Penegasan:
þ
Kemenangan yang tidak dapat dielakkan;
þ
Mendapatkan penolakan;
þ
Perkara-perkara umum yang gilang gemilang;
þ
Kekaburan;
þ
Rasionalisasi;
þ
Penyederhanaan;
þ
Pemindahan;
þ
Yang kurang keji;
þ
Pemberian gelaran tertentu atau penggantian nama atau
label akhlaq;
þ
Penunjukkan terhadap musuh;
þ
Cerita-cerita karut yang mudah difahami;
þ
Penolakan sosial;
þ
Perkataan-perkataan yang elok;
þ
Slogan-slogan;
þ
Kesaksian;
þ
Sekatan rasmi;
þ
Sumber-sumber peribadi tentang kesaksian pihak berkuasa;
þ
Ketiadaan sumber-sumber peribadi terhadap kesaksian
pihak berkuasa;
þ
Kebenaran yang mengkagumkan;
þ
Double-cutting edge;
þ
Sindirian
þ
Penompokan kad dan pemusnahan terpilih;
þ
Pembentangan tentang pihak lain;
þ
Penipuan dan penyelewengan;
þ
Perubahan rentak;
þ
Pemberhentian;
þ
Anjakan senario;
þ
Pengulangan
þ
Ketakutan terhadap perubahan.
Bagi mereka yang
tertarik untuk mengikuti perkembangan berita, senarai yang dinyatakan
boleh dikategorikan ke dalam pelbagai kumpulan berdasarkan usaha yang
dilakukan oleh penganalisis untuk mengesan jenis propaganda.
Propaganda dalaman
yang dijanakan sejak peristiwa pengeboman 11 September telah
mengizinkan pentadbiran Bush untuk memaksakan dasar luar negeri yang
agresif dan menggoncang dunia. Ia bergantung kepada penguasaan media
massa yang digandingkan dengan kerjasama aktif daripada badan-badan
media tersebut. Kita semua sudah biasa dengan:
þ
Memaparkan Islam dan Muslim dalam gambaran yang salah.
þ
Mengelak dari menyebut mangsa korban Muslim di kalangan
orang awam di Afghanistan atau Iraq.
þ
Media mengelak dari memberi pendedahan yang mencukupi
tentang alasan Bush dan Blair yang diulang berkali-kali yang ingin
menceroboh Iraq.
þ
Perarakan palsu seperti merobohkan patung Saddam.
þ
Mengelak dari memberi liputan tepat tentang perarakan
anti-Amerika di Iraq.
þ
Mengelak media dari menjelaskan kemunafikan Amerika
dalam melayani tawanan perang contohnya di Teluk Guantanamao.
þ
Menggambarkan Ali Kimia (saudara Saddam yang melancarkan
senjata kimia ke atas penduduk Kurd) secara sinis untuk mempromosikan
simpati barat bagi menghalalkan tindakan tentera bersekutu kuffar
tetapi membiarkan beribu-ribu orang menderita.
þ
Mengelak secara sinis daripada melaporkan tentang
pengeboman secara sengaja ke atas sumber-sumber media ‘yang tidak
bersahabat’ seperti wartawan-wartawan al-Jazirah dan Eropah yang
lain.
þ
Mendapati bahwa dalam beberapa keadaan, apabila
terjemahan Inggeris disediakan untuk orang yang berbahasa Arab, semua
perkataan-perkataan Islam diabaikan. Bangsa Arab atau bangsa lain
sering ditegaskan mengatasi identity Islam mereka.
þ
Penentangan ke atas Presiden Hugo Chaves yang memerintah
Venezuela sering digambarkan sebagai penentangan yang mendapat
sokongan ramai, mengabaikan hakikat bahwa Amerikalah yang mendalangi
penggulingan kuasa ke atas Hugo dan rakyatlah yang mengembalikan
Chavez ke tampuk kekuasaan.
Dalam perang teluk
sebelumnya, adalah menarik untuk mengingatkan semula bahwa media
menyatakan bom-bom yang dijatuhkan Amerika adalah 90% tepat.
Sebenarnya 90% bom yang dijatuhkan adalah bom-bom yang tidak berpandu.
Sistem peluru berpandu Patriot yang dibanggakan tidak berjaya menembak
jatuh walau satu pun peluru berpandu musuh.
Manakal Dalam negara,
Bush secara berkesan telah menggunakan ketakutan terhadap Islam atau
Senjata Pemusnah Besar-besaran atau rejim diktaktor lain untuk
mengalihkan perhatian rakyat daripada perkara-perkara serius dalam
negaranya termasuk keadaan dahsyat ekonomi Amerika yang mana
kemiskinan tahap dunia ketiga juga terdapat di sesetengah tempat di
Amerika.
Berkenaa dengan US,
petikan terkini daripada akhbar Guardian (Britain), “Peperangan
ini tidak menggambarkan sifat Amerika”, tulis Jonathan Freedland
tentang Operasi Membebaskan Iraq. Amerika “masih lagi menganggap
dirinya rakan yang didorong oleh naluri untuk semua orang yang
berjuang untuk mengusir penjajah asing – dan negara terakhir di bumi
yang berperanan sebagai pemerintah luar.” (‘Empayar George’,
Jonathan Freedland, The Guardian, April 2, 2003).
Sehari sebelumnya,
Hugo Young telah menggambarkan bagaimana Presiden Amerika, John F.
Kennedy, bercakap tentang “perdamaian tulen … Bukan perdamaian
kubur atau keselamatan hamba” beliau mendapati “orang yang mendengar
ucapannya yakin dengan beliau” – kata-kata beliau “dituturkan dengan
prinsip yang menggambarkan kewibawaan, disemai dengan sifat pemurah
yang berciri antarabangsa.” (‘Blair mempunyai satu peluang
terakhir untuk melepaskan dirinya daripada kesetiaan yang tercemar’,
Hugo Young, The Guardian, April 1, 2003).
Kedua-dua petikan ini
kononnya diperolehi daripada akhbat yang sepatutnya dibaca oleh
cendikiawan liberal. Jika seseorang memerhatikan apa yang dikatakan
anda akan dapat melihat bahwa fikrah yang dipaksakan oleh Amerika dan
Britain seolah-olah secara asasnya kelihatan menunjukkan mereka ikhlas
dan merasa amat berat untuk terlibat dalam urusan perang yang
mengerikan. Maka, Martin Woollacott mencatatkan bahwa peperangan
berdarah ke atas Baghdad “menghadapi risiko mencemarkan pembebasan
yang kononnya adalah matlamat utama Britain dan Amerika”. (‘Pembebasan
rakyat Iraq tidak akan menjadi tindakan tunggal tetapi merupakan
proses yang lama’, Martin Woollacott, The Guardian, Mac 28, 2003).
Apa yang ingin
dilakukan (Amerika dan penyokongnya) ialah supaya kita tidak merasa
benci dengan keganasan dan ketamakan yang jelas ditunjukkan oleh kuasa
penceroboh tetapi mereka inginkan pembaca merasa kasihan terhadap
kuasa-kuasa ini apabila mereka mendapati hakikat perang bercanggah
dengan misi tugas mereka. Secara ringkasnya seluruh peristiwa itu
digambarkan seolah-olah “memang kasihan orang-orang awam yang tidak
berdosa dibunuh tetapi hasilnya rakyat Iraq dibebaskan”. Hasilnya
adalah pembaca diselewengkan daripada perkara tersembunyi sebenar.
Jelaslah kita diasak bertubi-tubi dengan propaganda negara di semua
tahap pemberitaan.
Bagaimana Propaganda Boleh Digunakan
Secara Berkesan Masa Kini?
Selepas peristiwa 11
September, Amerika berbicara tentang mewujudkan satu badan yang akan
menyebarkan maklumat. Kita tidak pernah mendengar tentangnya lagi.
Kebangkitan sumber-sumber media bebas serba sedikit telah mengurangkan
kepercayaan terhadap negara khususnya di kalangan cendikiawan. Satu
contoh tentang perkara ini ialah pertubuhan UK, Media Lens (Kanta
Media), yang memantau media UK dan mendedahkan propaganda dan
kemunafikan. Ia memberi amaran kepada anggotanya dan secara langsung
mencabar anggota-anggota media; ia menggunakan keangkuhan mereka (iaitu
keinginan untuk dilihat sebagai media yang berobjektif) untuk
mendapatkan maklumbalas daripada mereka dan ia kemudiannya menerbitkan
perbincangan tersebut. Ketika perang Iraq, Al-Jazirah adalah salah
satu sumber maklumat yang sering dikunjungi. Terdapat banyak lagi
sumber berita dalam internet. Pelbagai kaji selidik di UK menunjukkan
orang ramai kurang percaya dengan media rasmi. Perkara ini perlu
diuruskan secara giat oleh pemerintah-pemerintah Barat dan walau pun
mereka boleh melakukannya tetapi ia adalah perkara yang sukar kerana
masyarakat bersikap sinis terhadap mereka secara umumnya dan
cendikiawan Barat juga sinis dan menaruh keraguan terhadapnya.
Satu lagi contoh masa
kini tentang kegagalan propaganda negara dibuktikan oleh
ketidakpercayaan tentang kebanyakan maklumat yang disampaikan oleh
pemerintah dalam negara-negara Muslim. Setelah bertahun-tahun media
dimanipulasi oleh diktator dengan cara yang kelihatan jelas telah
memakan diri mereka. Masalah Muslim yang bersifat politik mungkin
sekali tidak percaya dengan maklumat yang disampaikan oleh
agensi-agensi propaganda pemerintah.
Khilafah dan Penggunaan Propaganda.
Kita telah lihat di
atas bahwa propaganda boleh mendatangkan manfaat dan boleh menimbulkan
masalah. Kita perlu mengambil iktibar dari sejarah dan kejadian masa
kini untuk mengemukakan syor bagaimana Khilafah memandang penggunaan
propaganda.
Shari’ah melalui
kenyataan yang dibuat oleh Rasulullah SAW seperti “Peperangan
adalah penipuan” kelihatan membenarkan Khalifah banyak ruang untuk
menggunakan propaganda demi keselamatan negara ketika peperangan. Di
masa aman, kekuasaan ini dilanjutkan supaya Khalifah boleh menipu
musuh negara dengan memasang perangkap politik seperti menggerakkan
askar di salah satu sempadan negara sebagai helah untuk merahsiakan
pelbagai tindakan yang dirancang di tempat lain. Penggunaan media oleh
negara untuk menyebarkan konsep Islam dalam negara dan di luar negara
boleh dijangkakan dan tidak tertakluk di bawah takrif propaganda yang
mana maqalah (artikel) ini membataskan perbincangan tentangnya. Islam
adalah kebenaran. Oleh itu ketika menggunakan media massa untuk
menyebarkan Islam, anda tidak boleh melakukan penyelewengan dalam apa
cara sekali pun. Dalam hal ini negara dijangkakan akan memaparkan
Islam secara tepat dan memaparkan kufr dengan tepat kerana hanya Islam
sahaja yang boleh memenangi persaingan ini. Sesetengah teknik yang
digunakan dalam propaganda pembohongan hampir kebanyakannya boleh
digunakan untuk matlamat dakwah Islam yang sah.
Persoalan mungkin
timbul tentang penggunaan propaganda oleh Khalifah yang boleh
menyebabkan orang ramai diselewengkan dengan sengaja:
ý
Menutupi masalah ekonomi seperti pengangguran dengan
mengubah perangkaan
ý
Menutupi masalah perundangan dan masalah lain dengan
hanya menonjolkan kejayaan
ý
Alhamdulillah tidak mungkin dalam peperangan Khalifah
akan merahsiakan bilangan orang yang mati syahid dalam jihad kerana
tidak seperti pandangan umum barat, bilangan syuhada’ akan menjadi
sumber perangsang ke atas ummat. Walaubagaimana pun, Khalifah mungkin
terdorong untuk menyembunyikan bilangan yang terkorban dalam
peperangan terhadap kumpulan pemberontak Muslim.
ý
Beliau mungkin merahsiakan masalah kemasyarakatan
seperti kekacauan. Beliau mungkin terdorong untuk menyembunyikan
ketidakadilan oleh pegawai-pegawai pemerintah. Beliau mukngkin juga
terdorong untuk merahsiakan bilangan orang yang ‘belot’ ke pihak barat.
ý
Beliau juga mungkin terdorong untuk menyembunyikan
kelemahan yang ditonjolkan oleh barat dengan cara yang seolah-olah
meminta maaf sebagai contoh beliau mungkin keberatan untuk menjelaskan
batasan-batasan ke atas dakwah bukan Muslim dalam negara.
Masalah dengan
penipuan seperti ini ialah ummat yang kita inginkan mempunyai
kesedaran politik akan mengesan keadaan tersebut. Oleh kerana hukum
Islam tentang kejujuran amat ditekankan dan tidak samar-samar lagi,
maka kesan ke atas orang ramai akan menjadi negatif yakni mereka akan
hilang kepercayaan terhadap Khalifah. Setelah beberapa dekad tinggal
di bawah pemerintah yang tidak boleh dipercayai, adalah penting
institusi khalifah membentuk hubungan erat dengan umat. Khalifah yang
menipu akan mengakibatkan hubungan ini menjadi lemah dan oleh itu
negara juga akan menjadi lemah.
Kebanyakan hukum
Islam tentang tingkah laku pemerintah yang kita telah fahami kelihatan
melarang Khalifah menggunakan teknik-teknik ini kecuali dalam
urusan-urusan darurat yang melampau.
Jelaslah bahwa
terdapat banyak ruang yang membolehkan Khalifah menggunakan dan
sepatutnya memanfaatkan penipuan yang diizinkan yakni
þ
Dalam peperangan
þ
Ketika kedudukan negara terancam
þ
Bagi mengelakkan kekacauan contohnya ketika wabak
penyakit merebak.
Walaubagaimana pun harga yang tinggi perlu
dibayar dalam perkara kepercayaan jika Khalifah melakukan perkara
sedemikian dan beliau sepatutnya melakukan penilaian berhati-hati sama
ada ia berbaloi untuk berbuat demikian.
Bagi meringankan
kemungkinan hilangnya keyakinan, adalah wajar bagi Khalifah untuk
menerima pakai peraturan mengeluarkan dokumen seperti yang terdapat di
barat di mana pengeluaran dokumen tidak lagi menggugat negara,
dokumen-dokumen boleh dikeluarkan kemudian di bawah peraturan 10, 25
atau 30 tahun. Dokumen-dokumen ini lazimnya akan membantu menunjukkan
dan membenarkan Khalifah melaksanakan langkah tertentu demi
kepentingan Muslim. Ini akan mengatasi hilangnya keyakinan dan malah
akan memperteguhkan ikatan antara pemerintah dan rakyat.
Panduan umum ini
membiarkan banyak soalan tidak berjawab yakni jika sebuah senjata bio
dilepaskan secara tidak sengaja, bolehkah Khalifah menggunakan
kuasanya dalam masa darurat untuk merahsiakan kemalangan ketika ia
sedang cuba diatasi. Apakah yang sepatutnya seseorang buat jika
perisikan musuh didedahkan? Barat lazimnya mengamalakan tabiat tidak
mendedahkan perisikan itu tetapi mengawal maklumat yang dibekalkan
kepadanya untuk menggugat perisikan negara musuh. Terdapat banyak
senario yang boleh dibicarakan di mana terdapat skop yang samar-samar
dan ketika setiap kes khusus tidak dapat diuruskan, ia terpulang
kepada keputusan Khalifah.
Khalifah sepatutnya
menggunakan haknya untuk menggunakan penipuan dalam peperangan dan
urusan keselamatan negara yang difikirkannya sesuai. Walau bagaimana
pun, adalah tidak tepat baginya untuk menggunakan kawalannya ke atas
media dalam urusan domestik untuk menipu orang ramai tentang kelemahan
negara. Ini akhirnya akan mengakibatkan ketidakyakinan terhadap
institusi Khalifah dan mengakibatkan kelemahan serius dalam keutuhan
Khilafah. Penipuan menggunakan cara ini adalah cara yang digunakan
dalam politik barat berdasarkan pemikiran Machiavelli bukannya politik
Islam. Kita tidak pernah melihat Rasululllah SAW atau Khulafah
Rashidah mengizinkan penggunaan kaedah-kaedah ini dan ummah yang
bertaqwa tidak mungkin akan mendukungnya.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan,
propaganda adalah satu perkara yang besar skopnya dan mempunyai
sejarah yang panjang. Kesannya ke atas masyarakat boleh menjadi kuat
tetapi ia adalah alat yang bahaya dan kotor dan jika ia digunakan
dengan terburu-buru ia akan memakan diri sendiri dalam konteks Islam.
Dalam Islam mengatakan kebenaran adalah nilai paling tinggi dan
pemimpin-pemimpin sepatutnya menjadi contoh nilai-nilai paling tinggi.
Kajian ke atasnya adalah mustahak untuk memahami muslihat politik yang
dilakukan oleh kuasa barat untuk mempertahankan masa hadapan Negara
Islam dan untuk menggugat kewibawaan kuasa-kuasa ini apabila kita
menyebarkan dakwah.
Akhir sekali, kita
sepatutnya memastikan Khalifah dinasihatkan secara menyeluruh tentang
bahaya alat ini dan penggunaannya sepatutnya diharamkan dalam semua
konteks dalam negara selain daripada keadaan darurat.-IKIN |