Kecelaruhan
Undang-Undang Antarabangsa.
Sehingga kini konsep satu atau dua bangsa
menyerang kedaulatan sesebuah negara tanpa adanya sokongan dari
Bangsa-Bangsa Bersatu adalah sesuatu yang sukar untuk dibayangkan.
Politik antarabangsa berputar-putar sekitar konsep multilateral (berbilang
pihak) dan undang-undang antarabangsa. Hari ini, Amerika telah
menunjukkan dirinya dengan satu suasana politik baru; unilateral (satu
pihak) dan kepentingan bangsa.
Amerika telah mengenepikan PBB dengan berkesan
dan hasilnya para politikus dan pengkritik telah mempersoalkan peranan
PBB sebagai benteng undang-undang antarabangsa. Pintalan pemikiran
Amerika yang baru ialah PBB mesti menangani isu-isu kecil seperti
pencabulan hak asasi manusia dan menjadi penimbangtara bagi perbalahan
kecil, tetapi isu-isu yang berkait dengan kepentingan bangsa Amerika
akan ditangani oleh Amerika secara unilateral (satu pihak). Ini jelas
menunjukkan kesalahanggapan mengenai PBB dan tujuan undang-undang
antarabangsa.
Umat Islam patut berfikir secara politik
mengenai isu-isu ini dengan mempersoalkan beberapa soalan asas;
sebenarnya wujudkah undang-undang antarabangsa dan adakah PBB wujud
dengan objektif moral dan keprihatinan terhadap kebajikan orang lain?
Apakah alternatif lain yang Islamik kepada PBB dan undang-undang
antarabangsa.
Adakah
Undang-Undang Antarabangsa Sebenarnya Wujud di dalam Realiti?
Konsep undang-undang antarabangsa sebenarnya
tidak mempunyai makna yang nyata. Ianya seperti kefahaman tentang
‘perang dingin’. Dari segi teorinya memang menakjubkan, tetapi secara
praktikalnya maknanya tidak dapat dicapai. Konsep ini cacat dari
asasnya lagi, dan adalah tidak menghairankan jika kita telah
menyaksikan penyisihan PBB secara efektif oleh Amerika dan sekutunya.
Sebenarnya, undang-undang antarabangsa bagi
orang-orang Barat dan orang-orang Timur adalah sama seperti mendukung
agama, iaitu bukan sebagai undang-undang untuk dunia keseluruhannya.
Ini kerana untuk menjadi undang-undang antarabangsa, ia mestilah
bersifat sejagat, sesuai untuk semua bangsa dan ideologi.
Walaubagaimanapun, realiti undang-undang antarabangsa yang wujud
adalah satu undang-undang yang hanya sesuai untuk bangsa-bangsa yang
kuat dan seiring dengan pandangan hidup kapitalisme. Selain daripada
itu tidak diterimapakai. Sebagai contoh, persidangan hak asasi manusia
PBB mewartakan bahawa manusia mempunyai hak kebebasan untuk bersuara
yang mana secara asasnya bertentangan dengan aqidah Islam kerana
sesiapa sahaja yang mengutuk dan menghina Rasulullah saw atau
melakukan apa jua perkara yang bertentangan dengan shariah atau agama
akan dihukum. Perkara yang sama boleh diperkatakan mengenai reaksi
kerajaan China terhadap demonstrasi Tiananmen Square pada tahun 1989.
Di mana langkah yang diambil oleh China untuk menangani masalah
berkenaan telah melanggar kebanyakan pendapat dan perjanjian hak asasi
manusia, tetapi ia tidak bertentangan dengan ideologi komunis kerana
kritikan terhadap negara adalah jenayah yang boleh dihukum.
Jadi bagaimana mungkin undang-undang ini dapat
diterapkan ke atas bangsa-bangsa yang tidak mengamalkan padangan hidup
kapitalisme seperti barat? Oleh itu, secara fakta takrifan
undang-undang antarabangsa yang wujud bukanlah undang-undang sejagat
yang sesuai untuk semua bangsa tanpa mengira adat, kebiasaan dan
ideologi. Tetapi sebenarnya ia adalah sebuah undang-undang khas untuk
komuniti kapitalisme sahaja disebabkan asasnya adalah ideologi
kapitalis. Dengan demikian, kita dapat melihat resolusi 1441 yang
diluluskan oleh PBB dan asas kepada serangan ke atas Iraq sudah
semestinya tidak dipanggil sebagai undang-undang antarabangsa,
sebaliknya adalah inspirasi undang-undang kapitalis Amerika yang
bertujuan menjajah Iraq yang mana bertentangan dengan Islam dan harus
ditolak oleh umat Islam.
Lagipun, konsep undang-undang antarabangsa dan
komuniti antarabangsa secara asas bertentangan dengan kedaulatan
sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa yang kuat akan cenderung ke arah
pelaksanaan polisi dan penyelesaian yang berkaitan dengan
kepentingannya dan tidak akan menyerahkan kedaulatannya kepada bangsa,
institusi atau negara kuat yang lain. Ini adalah fakta dasar dan
penjelas kepada sejumlah keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan
yang telah dilanggar oleh Israel, Amerika, Perancis, Britain, Rusia,
China dan bangsa lain.
Adakah Amerika merujuk kepada konvesyen Geneva
semasa menahan tawanan di Teluk Guantamo yang sehingga kini tidak
didakwa secara formal dengan sebarang kegiatan jenayah? Pada
hakikatnya, Amerika tidak pernah merujuk kes ini kepada pengadilan
undang-undang antarabangsa. Adakah British merujuk kepada UNHCR
apabila didatangi masalah kebanjiran pelarian ke negaranya, atau
adakah ia melakukan pengubalan ke atas undang-undangnya untuk
membolehkan ia berkhidmat dengan lebih baik untuk kepentingannya?
Adakah Perancis merujuk kepada konvesyen antarabangsa ketika
mengenepikan undi majoriti apabila menggunakan kekuasaannya ke atas
Algeria setelah orang Islam Algeria memilih untuk hidup di bawah
Islam?
Kesemua contoh ini menonjolkan perkara yang
paling asa; bangsa-bangsa yang kuat tidak akan menyerahkan kedaulatan
mereka kepada bangsa atau institusi lain. Akan tetapi, sesetengah
orang menuding kepada Kesatuan Eropah sebagai satu contah negara kuat
yang mengambilalih kedaulatan ahli-ahlinya; Bank pusat Eropah
menetapkan sendiri kadar faedah, Kesatuan Eropah mempunyai polisi luar
negerinya sendiri dan sebagainya. Dimana kesemua perkara ini tidak
dapat memberi sebarang kredibiliti kepada undang-undang antarabangsa
tetapi sebaliknya memberi kredibiliti kepada undang-undang Kesatuan
Eropah. Oleh kerana itu undang-undang Kesatuan Eropah berdaulat bagi
negeri ahli-ahlinya dan bukannya undang-undang antarabangsa. Dengan
itu, Kesatuan Eropah tidak akan menyerahkan kedaulatannya kepada
undang-undang antarabangsa, jika tidak mereka akan hilangan nilai
kemerdekaan.
Perbezaan yang kedua antara undang-undang
Kesatuan Eropah dan undang-undang antarabangsa adalah undang-undang
Kesatuan Eropah hanya berkaitan dengan ahli-ahlinya kerana mereka
sanggup menjadikan undang-undang Eropah berdaulat di tanah mereka,
mereka berkongsi ideologi yang sama, objektif dan kepentingan yang
sama. Oleh itu, kedaulatan mereka telah dipindahkan kepada Kesatuan
Eropah dan Kesatuan Eropah dapat dipandang sebagai sebuah negara
berdaulat seperti British atau Amerika. Akan tetapi, undang-undang
antarabangsa tetap diterapkan samada suatu bangsa itu menerima ataupun
tidak; ianya diterapkan tanpa mengira ideologi sesuatu bangsa, adat
atau kepentingannya. Ini sememangnya bertentangan dengan kedaulatan
dan sekiranya pemaksaan dilakukan, ia adalah satu bentuk penjajahan.
Inilah sebenarnya yang telah dikenakan ke atas Palestin oleh
undang-undang antarabangsa apabila PBB mengesahkan penjajahan Al-Quds
oleh Yahudi Zionis pada tahun 1948.
Perkara terakhir yang perlu diambilkira adalah
bagi setiap bangsa, undang-undang mestilah disertai dengan kekuatan
untuk menerapkannya. Tanpa kekuasaan ini undang-undang tersebut tidak
mempunyai sebarang makna. Sebagai contoh, sekiranya tiba-tiba
kekuasaan di British dimansuhkan daripada melaksanakan undang-undang,
maka rakyat di negaranya akan mengambil peluang dan melanggar hak-hak
orang lain, melakukan ketidakadilan dan sebagainya. Keadaan tersebut
lebih jelas seperti yang berlaku di Iraq ketika ini. Dimana
undang-undang sebelumya sudah itu tidak bermakna lagi. PBB tidak
mempunyai sebarang kekuasaan sebenar untuk menerapkan undang-undangnya.
Oleh yang demikian, kita mendapati secara realiti, undang-undang
antarabangsa sebenarnya tidak mempunyai apa-apa makna kerana tidak
diterapkan oleh mana-mana kekuasaan untuk digunapakai.
Apabila PBB menghantar pasukan pengaman di bawah
panji-panjinya, ini sepatutnya tidak dikelirukan dengan kekuasaan. Ini
kerana pasukan tersebut dikumpulkan oleh bangsa-bangsa bersekutu dan
bukan oleh kuasa antarabangsa itu sendiri. Ini bermakna bukan PBB yang
mengarahkan kekuasaan itu tetapi sebenarnya bangsa-bangsa bersekutu
yang mengarahkannya. Jadi apabila pasukan PBB pergi ke Bosnia dan
dengan dahsyatnya menyerahkan Bosnia kepada Slovodan Milosovic dan
Ratko Mladic, undang-undang PBB tidak diarahkan oleh PBB sendiri
tetapi oleh pasukan Belanda, Kanada, British dan sebagainya.
Perbezaan ini sangat penting kerana apabila
tidak ada bangsa-bangsa bersekutu menerapkan undang-undang atau
resolusi tertentu, PBB sebenarnya tidak mempunyai sebarang kekuasaan
dan undang-undangnya tidak mempunyai sebarang makna. Apabila Ariel
Sharon melakukan pembunuhan ke atas kaum Muslimin di Sabra dan Shatila,
jelas undang-undang antarabangsa telah dicabuli tetapi PBB tidak dapat
mengambil sebarang tindakan undang-undang. Ini kerana, tidak adanya
bangsa-bangsa bersekutu yang mahu membawa Ariel Sharon dan kerajaan
Israelnya ke muka pengadilan. Oleh kerana itu, kita dapat melihat
bagaimana PBB sebenarnya tidak mempunyai kekuasaan sendiri untuk
menerapkan undang-undang tersebut dan ini membuatkan undang-undang
antarabangsa yang wujud tidak memberi sebarang bermakna apapun.
Aspek lain bagi hal ini adalah sekiranya PBB
bergantung kepada pihak bersekutu antarabangsa untuk melaksanakan
resolusinya maka ini adalah satu pencerobohan dan bukannya satu
pelaksanaan undang-undang. Ini kerana jika Amerika dan British membuat
keputusan untuk tidak mematuhi undang-undang, sepertimana beberapa kes
yang telah terjadi di masa lalu, siapakah yang boleh memaksa
undang-undang tersebut ke atas mereka? Lagipun sekiranya kuasa-kuasa
ini menerapkan undang-undang antarabangsa dan pada masa yang sama
melanggarnya, sekali lagi tiada negara yang akan mengenengahkan
perkara ini. Serangan Amerika ke atas Afghanistan dan yang terbaru
Iraq berdasarkan bukti-bukti palsu adalah satu contoh klasik bagi
perkara ini. Ia bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa,
tetapi kebanyakan bangsa di dunia ini menentang peperangan ini, namun
demikian tidak ada satu negara pun yang mampu menghalang tindakan
Amerika. Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang antarabangsa oleh
negara-negara yang kuat ke atas yang lemah adalah satu pelanggaran dan
satu bentuk penjajahan. Maka dengan itu, amat jelaslah sekali bahawa
adalah tidak memungkinkan undang-undang umum antarabangsa diterapkan
ke atas semua negara.
Tradisi
Antarabangsa Wujud Di Dalam Realiti
Apa yang mungkin mengelirukan adalah perbezaan
antara undang-undang antarabangsa dengan tradisi antarabangsa. Tradisi
antarabangsa telah wujud berabad-abad dan dilaksanakan sebagai
tanggungjawab moral. Ia wujud kerana bangsa-bangsa di dunia ini
memerlukan beberapa kebiasaan yang umum bagi membolehkan komunikasi
dan membentuk kerjasama dan sebagainya. Sebagai contoh, adalah menjadi
tradisi antarabangsa bahawa tidak boleh membunuh utusan dan diplomat
apabila mereka menyampaikan perutusan. Ini adalah satu amalan tradisi
antarabangsa yang sudah berakar umbi dan dilaksanakan tanpa adanya
paksaan dari pendapat umum kerana mana-mana bangsa yang membunuh
seorang diplomat asing akan dipandang sebagai pengkhianat bangsa dan
akan membangkitkan kemarahan manusia sedunia. Walaubagaimanapun,
tradisi-tradisi ini bukan dan tidak boleh dilaksanakan oleh satu badan
antarabangsa seperti PBB.
Bagaimana
Hendak Membawa Keamanan, Keadilan dan Kemajuan kepada Manusia
Jelaslah bahawa undang-undang antarabangsa tidak
wujud dan tidak mampu wujud sebenarnya. Apa yang kita saksikan adalah
sebenarnya manipulasi idea undang-undang antarabangsa oleh
negara-negara kuat untuk mengesahkan kepalsuan dalam agenda penjajahan
mereka. Sebagai contoh, Iraq telah diserang semasa Perang Teluk
Pertama oleh Amerika, campurtangan ini kerana Iraq dianggap telah
mencerobohi Kuwait. Sedangkan beberapa bulan sebelum Iraq menceroboh
Kuwait, Amerika telah menceroboh Panama tanpa mandat atau resolusi
daripada PBB. Ini adalah satu contoh daripada banyak contoh manipulasi
undang-undang antarabangsa oleh negara-negara kuat untuk
menyesuaikannya dengan matlamat politik mereka.
Umat Islam sepatutnya sedar dan tahu bahawa
satu-satunya jalan untuk mengembalikan keamanan, keadilan dan kemajuan
ke atas kehidupan manusia adalah dengan mengambil satu ideologi yang
benar iaitu Mabda Islam. Ini kerana telah terbukti akan menyatukan
umat Islam di bawah ideologi Islam yang mana telah dilaksanakan oleh
negara Khilafah selama lebih dari seribu tahun. Allah swt telah
berfirman:
“Dan barangsiapa tidak berhukum dengan apa yang
diturunkan oleh Allah, itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Maidah:45)
Oleh itu, umat Islam sepatutnya tidak
terus-menerus terlena dibuai mimpi dengan fakta bahawa undang-undang
antarabangsa telah lemah kerana ia adalah satu konsep yang paling
bahaya dan kejam. Sungguh ironik suasana politik baru unilateral atas
dasar ‘pembebasan’ tanpa memandang undang-undang antarabangsa ialah
mungkin suasana yang konduksif untuk negara khilafah yang akan datang.
Ini kerana sebaik sahaja ditubuhkan, negara khilafah boleh mengambil
tindakannya sendiri dalam urusan hal ehwal negeri, bebas daripada
paksaan undang-undang antarabangsa PBB, misalnya pelaksanaan hukum
hudud. Ia juga bebas melaksanakan kemahuannya dalam polisi luar negara,
secara unilateral dan bertentangan dengan PBB apabila terlibat dalam
jihad disebabkan kebiasaan yang telah dilakukan oleh Amerika.
Hari ini, umat
Islam mesti memahami bahawa pada peringkat penerapan, mereka mesti
menolak undang-undang antarabangsa sebagai asas kepada penyelesaian
masalah mereka kerana ia bertentangan dengan hukum syara dan
mendatangkan kesengsaraan kepada dunia amnya. Kedua, umat Islam
mestilah mencabar pemimpin-pemimpin negara Muslim di mana mereka
bulat-bulat patuh kepada undang-undang antarabangsa sedangkan
undang-undang antarabangsa itulah yang digunakan sebagai kayu untuk
memukul rakyat mereka. Pemimpin-pemimpin ini mesti dicabar dan
disingkirkan; tekanan mesti dikenakan ke atas mereka supaya
orang-orang yang mampu membawa perubahan mendapati adalah lebih mudah
untuk berbuat demikian jika orang ramai bersama dengan mereka. Ketiga,
umat Islam sepatutnya bergabung dengan mereka yang bekerja
bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kehudpan Islam dengan mengikuti
jalan Rasulullah saw dan membantu mereka dengan segala kekuatan yang
ada. Insya-Allah tindakan praktikal sebegini akan membantu kita
mengembalikan semula kehidupan Islam supaya kita benar-benar dapat
membebaskan manusia dari kesengsaraan dan ketidakadilan.-IKIN |