PERNYATAAN
PERTAMA
Utusan Malaysia
[2 Sept. 2003] Tiada
maklumat terbaru harga air
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Kementerian Luar tidak
menerima sebarang maklumat mengenai perkembangan terbaru dalam
perundingan harga air antara Malaysia-Singapura yang kononnya sedang
diadakan secara sulit.
Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan
perkara tersebut sebenarnya masih tergantung dan kedua-dua negara
sedang bersiap untuk ke majlis timbang-tara bagi mencari penyelesaian.
``Setahu saya, perkara tersebut masih di tahap lama
dan belum ada sebarang perkembangan,'' katanya ketika dihubungi
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan Straits Times Singapura
yang disiarkan akhbar ini hari ini bahawa wujud kemajuan dalam
menyelesaikan perbalahan hangat berhubung isu air antara kedua-dua
negara.
Straits Times memetik kenyataan Pesuruhjaya Tinggi
Malaysia di Singapura, N. Parameswaran yang diwawancara akhbar
tersebut.
Syed Hamid juga memberitahu bahawa tidak terdapat
sebarang perundingan antara pegawai kerajaan kedua-dua negara pada
peringkat ini.
Tambah Syed Hamid, pada pengetahuan beliau,
Singapura sudah tidak lagi mahu mengadakan sebarang rundingan
berkenaan penetapan harga air dengan Malaysia dan mahu ia diselesaikan
melalui timbang tara.
``Kita (Malaysia) pula sedang melakukan penyediaan
untuk ke majlis timbang tara,'' katanya.
Pada masa ini, Singapura membeli bekalan air
mentah pada kadar tiga sen untuk 1,000 liter daripada Malaysia.
Kedua-dua negara sehingga hari ini gagal menetapkan
harga baru bagi penjualan air tersebut yang nyata merugikan Malaysia.
PERNYATAAN
KEDUA
Utusan Malaysia
[14 Mac 2003]
3 sen untuk 1000
gelen
Ketika ditanya
mengenai harga baru yang dikehendaki oleh Malaysia dalam pakej
tersebut bagi air yang dibekalkan oleh Malaysia ke Singapura, Dr.
Mahathir berkata: "Itu kita akan beritahu Singapura."
Beliau berkata, harga
air tiga sen bagi setiap seribu gelen (satu gelen bersamaan kira-kira
4.5 liter) air mentah yang dibekalkan oleh Malaysia ke Singapura
sekarang agak tidak manasabah.
Pada masa ini,
Malaysia membekalkan 350 juta gelen air mentah sehari ke Singapura
dengan harga tersebut dan Singapura kemudiannya menjual balik
37 juta gelen air yang telah dirawat kepada Johor dengan harga 50 sen
bagi setiap 1,000 gelen air bersih.
ANALISI IKIN
Although Singapore has
generated a profit of RM662.5 million
from Malaysian raw water in 2001
alone, Singapore paid Johor
only RM2.39 million - or S$1.09
million or US$628,947- in 2001
for a whole year’s supply of water. This works out to just
26 Singapore cents (US 15 cents) per
person per year.
In other words,
Singaporeans got all the water they wanted from Malaysia for an entire
year for just one small
bite of a Big Mac
On the other hand,
Johor paid Singapore RM6.3
million for the treated water it took in 2001. (Petikan dari buku
berharga 3 sen terbitan Majlis Tindakan Negara, WATER: The
Singapore-Malaysia Dispute THE FACTS)
Nampaknya isu air ini menjadi krisis yang
berpanjangan kerana perjanjiannya pun panjang satu perjanjian antara
bangsa yang memakan masa 100 tahun. Itu adalah satu perjanjian
international yang panjang disebabkan oleh kurang prihatinnya pihak
yang menandatanganinya dulu. Dan harga air itu sentiasa disemak bukan
dari semasa ke semasa iaitu dari 25 tahun ke 25 tahun, ianya dimeterai
di PBB.
Mengikut 'clause' perjanjian tersebut;
Malaysia mempunyai hak untuk menaikkan harga air dalam tahun 1986-87,
tetapi negara Malaysia tidak mengambil kesempatan ini. Yang menjadi
pertikaian bila Malaysia tidak dapat meminjam duit dari Singapura
semasa krisis serangan matawang barulah isu harga air ini diwar-warkan.
Masalahnya betulkah krisis air ini dipandang serius oleh Negara kita?
Sila rujuk tulisan kami berkenaan dengan
hukum hakam Perjanjian Antarabangsa |