PERNYATAAN
PERTAMA
Utusan Malaysia
[30 Ogos 2003] Puteri
UMNO mahu Pas pinda enakmen
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Pergerakan Puteri UMNO mahu fasal dalam
Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dan Kanun Jenayah Syariah II
Kelantan dipinda dengan membuat penjelasan bahawa perbuatan meliwat
isteri juga sebagai satu kesalahan.
Ketuanya, Azalina Othman Said berkata, berdasarkan bacaan pada
fasal 14 dan 16 dalam enakmen berkenaan dengan jelas mengecualikan
perbuatan suami meliwat isteri sebagai satu kesalahan.
``Mengikut bacaan dalam fasal itu, perbuatan liwat isteri tidak
dianggap sebagai satu kesalahan dan ini seolah-olah (kerajaan) Pas
menghalalkan perbuatan itu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia
di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Kelantan, Zaid Ibrahim semalam bahawa fasal 14 dan 16 dalam
Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dan Kanun Jenayah Syariah II
Kelantan tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu
kesalahan.
Bagaimanapun hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan
Pelaksanaan Syariah Terengganu, Datuk Harun Taib menolak dakwaan itu
sambil menyatakan meliwat isteri tetap satu kesalahan dan mereka yang
melakukannya boleh dikenakan hukum takzir.
Menurut Azalina, hujahnya untuk menolak fasal dalam enakmen itu
adalah kuat kerana Kerajaan Pas sepatutnya menjelaskan bahawa
perbuatan meliwat isteri juga juga sebagai satu kesalahan.
Jelasnya, Pas tidak boleh mengambil sikap lepas tangan walaupun
menyatakan kesalahan meliwat isteri boleh dikenakan hukuman takzir
atau yang lebih ringan daripada hudud.
``Jenayah liwat tidak ada pengecualian sekalipun bagi seorang suami
tetapi dalam fasal itu seolah-olah liwat ke atas isteri dibolehkan.
``Kerajaan Terengganu dan Kelantan perlu menyediakan satu
penjelasan dalam fasal itu bahawa meliwat isteri juga sebagai satu
kesalahan,'' ujarnya.
Katanya, dalam undang-undang sivil, perbuatan liwat jelas
diharamkan, tidak kira sama ada mempunyai hubungan suami isteri atau
tidak. (Utusan Malaysia 30 Ogos 2003)
PERNYATAAN
KEDUA
Utusan Malaysia
[30 Ogos 2003]
PAS, "Suami liwat
isteri tetap salah"
KUALA TERENGGANU 28 Ogos - Pas hari ini
menjelaskan bahawa perbuatan suami meliwat isteri tetap menjadi
kesalahan dan pesalah akan dihukum mengikut hukum takzir walaupun
terlepas daripada hukum hudud.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib
berkata, hukum hudud tidak boleh dikenakan ke atas suami atas
perbuatan tersebut.
``Ini kerana kesalahan yang dilakukan itu
tidaklah boleh disamakan dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka
yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah,'' ujarnya.
Sehubungan itu beliau berkata, tidak
timbul isu bahawa Pas menghalalkan yang haram seperti yang didakwa
oleh pihak tertentu kerana liwat tetap menjadi satu kesalahan dan ia
tidak boleh dilakukan oleh sesiapa.
``Saya juga mahu menjelaskan bahawa
perbuatan suami meliwat isteri akan mewujudkan syubhah (kesamaran)
kerana secara umumnya isteri adalah milik kepada suaminya. Ini adalah
kaedah fiqh yang telah ditetapkan.
``Apabila wujudnya syubhah maka hukum
hudud tidak boleh dilaksanakan sepertimaksud sebuah hadis Rasulullah `Hudud
tidak boleh dilaksanakan kerana syubhah','' katanya yang juga
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah
Negeri Terengganu kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Harun mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Zaid Ibrahim berhubung isu itu.(UM 30
Ogos 2003)
PERNYATAAN
KETIGA
Utusan Malaysia
[29 Ogos 2003]
Berikut adalah kenyataan penuh YB. Sen. Siti Zailah Mohd. Yusof :
Suatu yang amat malang apabila pemimpin UMNO Kelantan yang tandus
dengan isu
telah berani pula memainkan satu lagi irama baru berhubung
dengan Perkara
16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah ( II ) 1993 yang
berkaitan dengan hukuman bagi kes liwat.
DMPP melihat
bahawa usaha ini tidak lebih daripada satu tindak balas
desprado
kepimpinan UMNO Kelantan dalam keghairahan untuk berkuasa
semula
di negeri Serambi Makkah tersebut.
Setelah sekian
lama iaitu hampir 1 dekad enakmen tersebut
diperkenalkan
kepada khalayak hanya kini Timbalan Pengerusi
Perhubungan UMNO Kelantan tersebut iaitu Zaid Ibrahim mula
membangkitkan isu berkenaan.
Ini jelas
menunjukkan kepada kita betapa Zaid sebenarnya tidak ikhlas
dan tidak
"genuine" dalam memperjuangkan isu-isu yang disebut sebagai
ketidakadilan kepada isteri itu.
Bahkan ianya
tidak lebih daripada satu usaha murahan untuk mencari
helah dan
mencari-cari kelemahan dalam kerajaan pimpinan PAS
khususnya di Kelantan.
Pemimpin UMNO
seperti Zaid adalah manusia yang tidak berminat dengan
kebenaran dan
ilmu tetapi lebih berminat dengan kuasa dan populariti
meski
sekalipun beliau terpaksa menjadi dalang dalam menimbulkan
kekeliruan serta salah faham orang ramai terhadap peruntukan syariat
Islam.
Adalah sangat
perlu dan wajar melihat serta memahami apa jua
peruntukan
dalam satu-satu undang-undang atau peraturan tersebut
secara
keseluruhannya bukan setakat melihatnya secara seksyen demi
seksyen
atau perkara-perkara tertentu sahaja secara terpisah-pisah.
Perkara 16
Enakmen Kanun Jenayah Syariah ( II ) 1993 yang
menjelaskan : "
Liwat ialah sesuatu yang merupakan persetubuhan di
antara
lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang
lelaki
dengan seorang perempuan selain isterinya yang dilakukan di
luar
tabii atau melalui dubur."
Adapun
perkataan "selain isterinya" itu tidak pula bermakna bahawa
Kerajaan PAS
membenarkan seorang suami meliwat isterinya . Tetapi
ianya
lebih menjelaskan bahawa hukuman hudud tidak boleh digunakan ke
atas si
suami yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dengan
isterinya dalam kes tersebut atau dengan perkataan lain peruntukan
hukuman
ke atas suami yang meliwat isteri bukanlah hudud tetapi dalam
peruntukan ta'zir .
Bermakna
tindakan suami meliwat isteri TETAP MENJADI SATU KESALAHAN
tetapi
peruntukan hukuman bagi kesalahannya mengikut syariat Islam
tidak di
bawah Hudud tetapi pesalah akan dihukum mengikut hukum
Ta'zir .
DMPP melihat
bahawa pihak-pihak yang terbabit dalam menjajah isu ini
jelas
menampakkan kejahilan mereka yang sebenarnya tentang syariat
Islam
sebagai "the way of life".
Kedangkalan
ilmu yang cukup jelas berkaitan dengan sumber dan prinsip
dalam
perundangan Islam serta langsung tidak dapat memahami kaedah-kedah
usul fiqh yang disepakati dalam Islam.
Adalah amat
malang apabila pemimpin politik dalam masyarakat apatah lagi kelompok
yang mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia sebagai
sebuah negara
Islam cuba pula bercakap berkaitan soal hukum atau
syariat
Islam tanpa terlebih dahulu memahami tasawwur Islam, asas-asas dalam
Islam serta sumber dan prinsip-prinsip perundangan Islam.
Ibaratnya
seorang akauntan yang bertindak mempertikaikan prosedur
kerja yang
diamalkan oleh seorang pakar bedah yang sedang berusaha
membedah
pesakitnya.
Sedangkan
akauntan terbabit tidak pun tahu pisau mana yang patut digunakan pada
masa-masa tertentu, keperluan-keperluan lain yang
mesti ada
semasa tempoh tersebut, sejarah pesakit yang sedang melalui
proses
pembedahan bahkan tidak juga mengetahui apakah sasaran yang
cuba
dicapai oleh pakar bedah tersebut. Bagaimana mungkin?
DMPP mengajak
semua pihak untuk menginsafi bahawa syariat Islam
bukanlah
sesuatu yang patut dijajah secara murahan dan bukan juga
semata-mata persoalan logik akal atau boleh ditafsir secara
bermudah-mudah.
Tetapi ianya
berhubung dengan tatacara kehidupan manusia yang telah
ditetapkan oleh
Allah menerusi Al Quran dan kemudiannya dijelaskan
secara
terperinci lagi melalui sunnah Nabi SAW , Qias dan Ijma' para
Ulama'.Justeru itu, persoalan ini tidak boleh diambil ringan dan
dibangkit
dengan
hasrat untuk menunjukkan kelemahan syariat Islam dalam apa
cara
sekalipun.
Sepertimana
contohnya tindakan tidak bertanggungjawab pemimpin UMNO
Kelantan itu
yang ternyata jahil lagi menjahilkan.
DMPP menyeru
agar setiap persoalan berhubungkait dengan agama dan
syariat
mestilah dikembalikan kepada ahlinya ( yakni para cerdik
pandai
Islam/ ulama' ) dan dibincangkan dengan penuh adab kesopanan
dan
taqwa yang tinggi kepada Allah SWT.
Berhubung
dengan dakwaan Ketua Puteri UMNO, Azalina Said bahawa
kononnya
kerajaan PAS mengambil sikap lepas tangan dan memperuntukkan
hukuman
yang lebih ringan iaitu Ta'zir kepada suami yang meliwat
isteri ;
DMPP memandang bahawa sikap yang ditunjukkan oleh Azalina
itu
sebagai orang Islam yang tidak faham Islam bahkan ibarat seorang
kanak-kanak yang senantiasa mahu dia dapat lebih.
Hukuman
bukanlah hak kerajaan PAS tetapi merupakan peruntukan yang
telah
ditetapkan menurut kaedah dan prinsip-prinsip perundangan dalam
Islam.
Apa yang
penting pada masa sekarang ialah pendidikan dan penjelasan
berkaitan kaedah dan prinsip-prinsip itu. Bagi orang seperti Azalina
dan Zaid
Ibrahim, DMPP merasakan bahawa mereka boleh berusaha untuk
mengambil kursus Pengajian Islam yang menawarkan subjek-subjek
berkenaan di mana-mana IPTA dalam negara bagi memastikan mereka
benar-benar faham dan mempunyai ilmu sebelum secara bermudah-mudah
menjadi
juara
menjajah kes rumahtangga muslim yang sebenarnya mempunyai
tempat
yang lebih sesuai untuk dimuzakarahkan bersesuaian dengan
perkembangan-perkembangan masalah semasa baitul muslim (kekeluargaan
Islam ) itu sendiri.
Di situlah
neraca akhlaq dan ketinggian adab mahkluk yang bergelar
manusia.
Akhirnya DMPP
menyeru kepada semua wanita Islam di Malaysia agar
tidak mudah
diseret sama oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
dalam
memanipulasikan tafsiran kepada peruntukan dalam Perkara 16
itu.
Di samping
mengingatkan kepada semua wanita Islam Malaysia agar
jangan sampai
berlaku akhirnya nanti wanita Islam di Malaysia pula
bangkit
memohon satu peruntukan undang-undang yang baru bagi
kesalahan suami merogol isteri sepertimana yang telah digunapakai
oleh
masyarakat sekular Barat hanya kerana mereka menjadi seorang
Islam
yang tidak lagi memahami agamanya .
YB. Sen. Siti
Zailah Mohd. Yusof
Ketua Penerangan DMPP
29 Ogos 2003
ANALISI IKIN
Mengikut Undang-undang sekular benda yang tidak ada dalam peruntukan
maka ianya bukan merupakan kesalahan. Dalam hal ini ialah kesilapan
teknik dari pihak PAS tak dapat tidak mesti diakui seperti;
1) Tidak menerangkan dengan jelas bahawa hukuman "meliwat isteri "
ialah takzir. Dan tidak ada clause - meliwat isteri itu satu
kesalahan.Kesalahan itu sendiri dinyatakan di luar dari Enakmen dan tidak
tercatat dalam Enakmen. Kalau mengikut undang-undang sekarang bila
peruntukan itu tidak ada maka ianya tidak boleh di dakwa di mahkamah.
2) Kos 1/4 juta pada ahli perundangan untuk menyediakan "Rang
Undang-Undang Hudud " ini nampaknya tak berbaloi kerana ada kelemahan
yang tersembunyi yang tidak nampak.
3) Kalau ikut kitab fekah tampa ubah suaikan tentu isu ini tidak
menjadi masalahkan, yang masalahnya beberapa bab dalam kitab fekah
diabaikan termasuklah isu "Wati' Dubur Isteri" dipandang enteng.
4) Dato 'Haron Taib sendiri nampak macam menggelabah sahaja antara
ujar beliau "mengikut kaedah fekah isteri milik kita" hukum itu
"syubahat", tak kena hukum hudud.
Mungkin kita boleh bertanya kepada beliau apa maksud;
i)
isteri kita milik kita - macam milik barangkah?
ii)
Jadi kalau dia milik kita maka ada unsur syubahat, apa yang
syubahatnya, kalau syubahat dari segi pemilikan maka siapa rakan
kongsi satu lagi?
iii) Adakah hadis : Tolaklah hudud kerana syubahat sekadar membina
kesimpulan dari 2 premis logik yang tak betul?
(sepatutnya sesuatu kenyataan berkenaan dengan hukum syarak itu
diucapkan dengan berhati-hati)
Premis 1: Isteri milik Kita - jadi syubahat
Premis 2: Hadis " Tolak Hudud Kerana Syubahat"
Kesimpulan Hukum : Liwat isteri tak kena hudud kerana Syubahat.
Apakah kenyataan sebegini layak menjadi Hukum Syarak???
Kesalahan Umno; especially lawyer Zaid Ibrahim.
1) Cari ruang untuk serang Islam, loyar buruk
2) Komen hudud PAS untuk menunjukkan kelemahan parti PAS, dan menang
pilihanraya, sebenarnya isu ini akan menjatuhkan kredibiliti UMNO
bukannya PAS
3)
Tidak pernah mahukan Hudud Islam ini jelas dalam surat khabar - Negara
tetap Islam tanpa Hudud..
4)
Berfikiran cara sekular dalam hal undang-undang, kalau tak ada dalam
peruntukan maka itu tak dikira kesalahan....bagaimana peruntukan dari
AlQuran dan Sunah?
Kesimpulan dan saranan
Gerakan sekular tak jemu-jemu untuk menyerang gerakan yang
memperjuangkan Islam jadi mereka suka membesar-besarkan kesalahan yang
dilakukan oleh gerakan Islam; dalam kes ini kita perlu bijaksana,
jangan melatah. Apa yang dibuat oleh Dato' Harun Taib berkenaan
syubahat (isteri milik kita?)itu adalah salah satu tindakan 'melatah'
dan tidak ada rujukan dari syariat Islam.
Nampaknya gerakan Islam yang ada hari ini macam longgar sahaja
menyediakan satu deraf hudud yang detail untuk mentadbir sebuah
negara. Sedangkan menurut kajian kita, Buku Fekah yang ada
membincangkan bab ini dah lengkap, cuma oleh kerana sikap PAS cuba
menebuk dan meminda beberapa isu yang menampakkan Islam itu
seolah-olah tak lengkap. Antara kes Umur baligh PAS ialah 18 tahun.
|